Pemandu teksi Hanizan Mohamed Radzi yang menghantar pulang mangsa culik berusia lima tahun pada Oktober lepas, malam tadi menerima anugerah Kategori Khas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Hanizan, 42, diberikan anugerah itu kerana kejujuran dan keprihatinannya menghantar pulang kanak-kanak berkenaan yang menjadi mangsa culik di Sungai Dua, Kajang dekat sini setelah menemui mangsa bersendirian di tepi jalan.
Beliau kemudian menghantarnya pulang ke rumah kanak-kanak itu setelah mengecam gambarnya yang menjadi viral menerusi media sosial.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menyampaikan anugerah itu kepada Hanizan, dan ia merupakan antara tiga anugerah baharu yang diperkenalkan.
Dua lagi ialah Anugerah Terminal Pengangkutan Awam dan aplikasi "Meter-On Ratings".
Antara pemenang lain adalah Sani Limited Berhad (kategori bas ekspress), Handal Indah Sdn Bhd (kategori bas henti-henti), Colombia Leisure (kategori bas persiaran) Rapid Rail Sdn Bhd (kategori penyedia jalan keretapi) dan KTM Berhad (kategori inovasi perkhidmatan keretapi).
Syed Hamid dalam ucapannya turut melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas komitmennya mewujudkan SPAD untuk mengendalikan transformasi pengangkutan awam di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Majlis itu diadakan bersempena simposium Pengangkutan Awam Darat yang bertajuk 'Journey into the Future: Building People Centric Mobility' yang akan diadakan Rabu.
Bernama
Wed Nov 18 2015
Hanizan, 42, diberikan anugerah itu kerana kejujuran dan keprihatinannya menghantar pulang kanak-kanak berkenaan yang menjadi mangsa culik di Sungai Dua, Kajang. - Gambar Fail
Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat
China memulakan saringan terhadap individu yang memasuki negara itu bagi mengesan virus mpox atau dikenali sebagai cacar monyet untuk enam bulan akan datang.
Kaedah lantikan tetap, bercarum dalam kajian - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap dan bercarum dan kajian terperinci sedang dilaksanakan bagi menentukan strategi-strategi terbaik kepada Kerajaan dan pegawai awam lantikan baharu.
Kegagalan kawal penerbangan punca tragedi pesawat terhempas di Elmina
Nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Bandar di Elmina tahun lalu disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.
[TERKINI] Kegagalan kawal penerbangan punca tragedi pesawat terhempas di Elmina
Laporan akhir tragedi pesawat terhempas di Elmina mendedahkan punca sebenar kejadian kerana kegagalan mengawal pesawat berkenaan.
Ketua jabatan gagal lapor salah laku pegawai bawahan berdepan tindakan tatatertib - PM
Perdana Menteri hari ini memberi memberi peringatan serius bahawa ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk tidak dinaikkan pangkat.
Tiga ditahan berkait laporan palsu penemuan bayi
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berhubung laporan palsu penemuan bayi perempuan yang baharu lahir dalam kejadian di Pekan Titi Serong, Parit Buntar.
Pergerakan ringgit dalam hala tuju tepat, cerminkan asas ekonomi - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat mencerminkan asas ekonomi dan prospek kukuh negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Perkhidmatan SBST ditambah baik dengan bas baharu, pembayaran tanpa tunai - Loke
Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) akan ditambah baik dengan penggantian bas baharu dan sistem pembayaran tanpa tunai.
Peningkatan kelayakan penjawat awam tingkat produktiviti - PM
Kerajaan bersetuju meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.
Pasangan warga emas mangsa kebakaran di Pagoh selamat dikebumikan
Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh selamat dikebumikan.
Pemandu teksi hantar pulang kanak-kanak terima anugerah SPAD
Pemandu teksi Hanizan Mohamed Radzi yang menghantar pulang mangsa culik berusia lima tahun pada Oktober lepas, malam tadi menerima anugerah Kategori Khas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).