MANJUNG: Pemandu kereta Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan dengan enam buah motosikal di Kilometer 4, Jalan Kampung Acheh - Sitiawan, dekat sini, pada Sabtu, ditahan reman seminggu.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata, perintah reman itu yang bermula hari ini hingga 30 Ogos, dikeluarkan Majistret Nurul Izalina Rajaai.
Suspek yang diiringi anggota polis tiba di Mahkamah Majistret Sri Manjung di sini kira-kira jam 9 pagi.
Semalam, lelaki berusia 38 tahun itu menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, kira-kira jam 2.50 petang.
Terdahulu, suspek melarikan diri sejurus kemalangan yang mengorbankan tiga individu itu.
Ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 petang Sabtu itu, dua penunggang motosikal dan seorang pembonceng, berumur antara 22 dan 29 tahun, meninggal dunia.
Kemalangan turut menyebabkan enam lagi termasuk penumpang Proton Preve, yang berumur antara 24 dan 48 tahun, cedera parah.
Siasatan awal polis mendapati pemandu Proton Preve dan dua penumpang dari Lekir itu sedang menghala ke Kampung Acheh, manakala enam motosikal, termasuk satu yang membawa pembonceng, dari arah Kampung Acheh ke Sitiawan.
Apabila sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar keenam-enam motosikal yang berada di laluan sah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Aug 24 2021
Suspek yang diiringi anggota polis tiba di Mahkamah Majistret Sri Manjung di sini kira-kira jam 9 pagi ini. - Astro AWANI
Jangan sudah terhantuk baru tengadah, tubuh Jawatankuasa Tetap Mpox sekarang – Pakar UMS
Pakar Pengurusan Risiko Keselamatan & Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin berkata tubuhkan Jawatankuasa Tetap menangani penularan cacar monyet atau Mpox sekarang. Jelasnya, satu kes positif mpox yang disahkan Kementerian Kesihatan (KKM) merupakan tanda tindakan kerajaan menangani penyakit ini sudah lambat. #AgendaAWANI
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM – Pakar IMU University
Profesor Ekonomi, Polisi & Pengurusan Kesihatan IMU University, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid berkata Kementerian Kesihatan (KKM) perlu berkerjasama dengan universiti untuk membangunkan teknologi. Jelasnya, kepakaran itu ada pada institut pengajian tinggi, bukannya pada KKM, maka tindakan segera perlu dilakukan untuk mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import. #AgendaAWANI
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Pekerja kedai perabot dirempuh kereta meninggal dunia
Siasatan awal mendapati pemandu berusia 36 tahun itu pitam menyebabkan dia hilang kawalan semasa melalui jalan tersebut, lalu terbabas dan merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan.
Pemandu dipercayai mabuk rempuh kedai perabot
Kejadian itu mengakibatkan seorang pekerja di kedai berkenaan cedera akibat rempuhan tersebut.
Pemandu Proton Preve rempuh enam motosikal direman seminggu
Perintah reman bermula hari ini hingga 30 Ogos, dikeluarkan Majistret Nurul Izalina Rajaai.
Tiga maut kemalangan pulang kerja, pemandu kereta melarikan diri
Dalam perlanggaran itu, tiga orang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam lagi cederah parah.
Penghadang jalan tidak ditutup punca mangsa dirempuh kereta api
Penghadang jalan di laluan kereta api berkenaan yang tidak berfungsi dipercayai menjadi punca kemalangan itu.