BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori ‘prime mover’ maut akibat tersepit di dalam kabin pemandu selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebuah kontena dalam kejadian di Pelabuhan Pulau Pinang pagi Jumaat.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan pekerja lelaki warga tempatan berusia 41 tahun itu maut di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada jam 10.13 pagi itu.
Sepasukan pegawai penyiasat JKPP Pulau Pinang telah diarahkan ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima maklumat mengenai insiden tersebut.
"Daripada siasatan awal yang dijalankan, mangsa adalah pemandu ‘prime mover’ salah sebuah syarikat pembekal jentera ‘prime mover’ di terminal kontena tersebut.
"Ketika kejadian, mangsa dikatakan telah membuat pusingan-U ketika dalam perjalanan menghantar kontena ke kapal.
"Kepala mangsa didapati tersepit di dalam kabin pemandu ‘prime mover’ dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," kata kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, JKKP Pulau Pinang telah mengeluarkan satu notis larangan bagi aktiviti kerja pengendalian jentera ‘prime mover’ dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Pegawai Penyiasat JKKP Pulau Pinang.
Pihak JKKP akan mengambil tindakan perundangan sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab.
JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam.
"Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja," katanya.
Tambahnya, kejadian seumpama itu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Mar 10 2023

Seorang pemandu lori prime mover maut akibat tersepit di dalam kabin pemandu selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebuah kontena dalam kejadian di Pelabuhan Pulau Pinang pagi Jumaat. - Foto ihsan pembaca

Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, tiga PPS ditutup tengah hari ini
Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga semalam, ditutup pada 12 tengah hari tadi.
"Itu individu jangan kaitkan dengan isu politik" - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas berpendapat untuk tidak mengkaitkan masalah individu dengan parti politik.
"Untuk proses melakukan hukuman secara general, saya rasa tiada satu parti pun yang terselamat." katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Untuk proses melakukan hukuman secara general, saya rasa tiada satu parti pun yang terselamat." katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Rubio dan Putera Khalid adakan pertemuan di Washington
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio bertemu Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman di Jabatan Negara di Washington pada Selasa.

Wanita maut terjatuh dari jejambat di Lebuhraya DASH
Seorang wanita maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.
Hanya empat aduan berkaitan lampin pakai buang sejak 2015- KPDN
Berdasarkan rekod Bahagian Kepenggunaan, sejak tahun 2015, hanya empat aduan berkaitan lampin pakai buang sahaja dilaporkan.
Malaysia tidak pernah iktiraf tuntutan China di Laut China Selatan
Tiada status rundingan diplomatik dengan negara China berhubung isu Beting Patinggi Ali memandangkan Beting Patinggi Ali sememangnya berada dalam kawasan maritim Malaysia berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

Pengajar didakwa cabul pelajar lelaki
Seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki di sebuah hotel, Sabtu lalu.
LTSIP mampu tampung empat juta penumpang setahun
Fasa Pertama melibatkan kerja-kerja pembinaan projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) telah siap pada 30 April 2024 dan kini diikuti dengan Fasa Kedua.
Suhu Cameron Highlands catat peningkatan dalam 10 tahun terakhir
Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 mencatatkan suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.

Kajian pertimbang kebolehlaksanaan pelaporan terperinci insurans perubatan akan dilaksana
Kajian lebih mendalam akan dijalankan bagi mempertimbangkan kebolehlaksanaan pelaporan terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan.

Pemandu 'prime mover' maut tersepit dihempap kontena
Seorang pemandu prime mover maut akibat tersepit di dalam kabin pemandu selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebuah kontena.