Keluarga mangsa kemalangan di Kilometer 13 Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Butterworth dekat sini awal pagi semalam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu kereta yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan dua lelaki maut dalam kejadian itu.
Bapa Muhammad Amin Najmi, Azaman Hashim, 49, berkata tindakan undang-undang itu demi keadilan buat anaknya dan sahabat baik anak kedua daripada empat beradik itu, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, yang maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar kereta berkenaan.
"Saya akan berbincang dengan keluarga Muhamad Syaiful untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk saman ke atas pemandu wanita tersebut. Ini keadilan untuk kedua-dua arwah.
"Saya juga berharap pihak kerajaan dan polis dapat ambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemandu mabuk ini kerana sejak kebelakangan ini, kita kerap dengar kes kemalangan maut disebabkan mereka (pemandu mabuk) kes makin meningkat, mereka yang tidak bersalah jadi mangsa," katanya ketika ditemui di bahagian forensik Hospital Kepala Batas, di sini pada Selasa.
Dalam kemalangan pukul 2.30 pagi itu, Muhammad Amin membonceng motosikal Yamaha 125 ZR yang ditunggang Muhamad Syaiful dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Paya Keladi Hujung, di sini sebelum dilanggar dari belakang.
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting beberapa meter dan motosikal mereka hangus terbakar manakala wanita yang memandu kereta Toyota Vios serta berada di bawah pengaruh alkohol itu tidak mengalami kecederaan.
BACA: Dua maut dipercayai dirempuh pemandu mabuk
BACA: Jurujual wanita terbabit kemalangan ragut nyawa dua sahabat direman
Azaman yang bekerja kilang berkata beliau dan isteri, Normasirah Mat Sidik, 47, sempat makan bersama Muhammad Amin pada 11 malam tadi sebelum dia keluar dengan rakannya kerana ada hal kerja yang perlu diselesaikan.
"Ibunya sempat pesan supaya balik awal kerana dia bekerja pagi ini, kami hanya tahu arwah terlibat kemalangan selepas dihubungi pihak polis dan saya terus bergegas ke lokasi kejadian," katanya sambil memberitahu, anaknya bekerja sebagai kontraktor pendawaian.
Jenazah Muhammad Amin dan Muhamad Syaiful dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Paya Keladi, pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 11 2020

Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting beberapa meter dan motosikal mereka hangus terbakar. - Foto PDRM

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Pemandu mabuk: Keluarga mangsa kemalangan cadang ambil tindakan undang-undang
Tindakan undang-undang itu demi keadilan buat anaknya dan sahabat baik anaknya, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, yang maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar kereta berkenaan.