SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat memerintahkan pemandu lori yang didakwa membunuh kekasih dengan menolak wanita itu dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Februari lalu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Semasa sebutan semula kes, Sivananthan berkata, anak guamnya sukar memproses sebarang arahan.
Menurutnya, ia kesan pendarahan di kepala akibat kemalangan motosikal pada 2018 lalu.
"Saya khuatir kalau dia tidak berupaya untuk menghadapi perbicaraan, maka saya mohon Nathan dihantar ke hospital psikiatri sebagai pemerhatian.
“Kalau pihak hospital mendapati dia sihat, maka perbicaraan boleh dijalankan seperti biasa,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman tidak membantah permohonan dibuat pembelaan.
Pada 8 Mac lalu, lelaki ini didakwa membunuh seorang wanita warga Thailand, Mawika Lumyai, 32, di sebuah unit kondominium di Setia Alam, Seksyen U13, pada jam 10.02 malam, 28 Februari lalu.
Nathan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati, sekiranya didapati bersalah.
Pada 6 Mac, tular video memaparkan seorang wanita warga Thailand, dipercayai ditolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di sini.
Suspek terlibat yang merupakan lelaki warga tempatan itu diberkas selepas kejadian berkenaan.
Menurut saksi, semasa kejadian terdengar pergaduhan sebelum mendakwa melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 19 2024

Nathan (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh kekasihnya, Februari lalu.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.

Tolak kekasih dari tingkat 23, pemandu lori didakwa membunuh
Pemandu lori yang ditahan kerana menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat.

Pemandu lori tolak kekasih dituduh atas pertuduhan membunuh esok
Seorang pemandu yang menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Shah Alam pada 28 Februari lalu akan didakwa atas pertuduhan membunuh, esok.

Pemandu lori tolak kekasih disambung reman dua hari
Suspek sebelum ini diberkas dan direman tujuh hari untuk siasatan berhubung kejadian.