KOTA TINGGI: Seorang pemandu lori dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap empat ahli keluarganya dengan menggunakan parang panjang.
Hakim Norsiah Ujang menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hadi Hashim, 38, selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kesemua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 20 April lepas.
Bagi keempat-empat pertuduhan, Mohd Hadi didakwa mendatangkan cedera parah terhadap ibu mentuanya, Puasa Yasik, 57, isterinya Norwahida Rosli, 33; adik ipar perempuan, Norwadiha Rosli, 32; dan adik ipar lelaki, Mohamad Amirul Iskandar Kamaruzaman, 16.
Dia dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Siakap 5, Kampung Sedili Kecil, di sini kira-kira 7.45 malam, pada 14 April lepas.
BACA: Polis buru lelaki tetak empat sekeluarga ketika waktu berbuka puasa
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326 (A) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebat dan boleh dijatuhi hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Mengikut fakta kes, dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, tertuduh telah mencederakan ibu mentuanya terlebih dahulu dengan menekup muka mangsa lalu bertindak mengambil parang panjang berukuran 79 sentimeter (cm) dan menetak kepala mangsa.
Tertuduh kemudian menyerang adik ipar perempuan yang cuba menolong ibunya, seterusnya menyerang adik ipar lelakinya yang ketika itu cuba menghubungi pihak berkuasa serta isterinya yang bersembunyi di dalam bilik sebelum bertindak melarikan diri dengan menaiki kereta.
Terdahulu peguam Nurshuhadah Mahzan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili Mohd Hadi memaklumkan kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada tertuduh yang hilang pertimbangan kerana sering diasak ibu mentua berkaitan dengan wang berjumlah RM4,000.
"Akibat daripada keletihan kerana baru pulang bekerja, tertuduh telah bertindak sedemikian yang merupakan perkara yang telah disesalinya sebelum menyerah diri secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada 20 April," katanya yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dan berjalan serentak ke atas anak guamnya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana perbuatannya itu melibatkan nyawa, selain faktor kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi tertuduh.
"Tertuduh mendatangkan kecederaan parah terhadap keempat-mangsa mangsa yang kesemuanya ahli keluarga tertuduh dengan sebilah parang panjang berukuran 79cm dan hal ini boleh mendatangkan kematian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Mohd Hadi Hashim, 38, mengaku bersalah atas empat pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Bernama

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.
Serangan pengganas: 12 maut termasuk 7 kanak-kanak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas dua pengebom berani mati memandu kenderaan yang dipenuhi bahan letupan ke sebuah kemudahan keselamatan di barat laut Pakistan, pada Selasa.
Parlimen Serbia: Kecoh ahli Parlimen lempar bom asap, sembur gas pemedih mata di Parlimen
Ahli parlimen pembangkang Serbia mencetuskan kekecohan dalam sesi parlimen pada Selasa dengan melempar bom asap dan menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda protes terhadap kerajaan serta menyokong demonstrasi pelajar yang sedang berlangsung.

Pemandu lori tetak ibu mentua, isteri, adik ipar dipenjara 15 tahun, 8 sebatan
Hakim Norsiah Ujang menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hadi Hashim, 38, selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan.