PUTRAJAYA: Seorang pemandu lori terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu dengan penjara 20 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian terhadap teman wanitanya enam tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang turut bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan sebulat suara itu selepas membenarkan rayuan N Sanderasegaran, 34.
Nor Bee mengetepikan sabitan di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan dan menggantikannya dengan sabitan dan hukuman di bawah Seksyen 304(a) kanun yang sama selepas berpuas hati rayuan perayu mempunyai merit.
Pada 2 Okt 2018, Sanderasegaran dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak kerana membunuh kekasihnya, S Durga Devi yang ketika kejadian berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Batu Besi, Ladang Sengat, Simpang Pulai antara 11 malam 27 Feb 2016 hingga 6 pagi 28 Feb tahun sama.
Terdahulu, peguam Afifuddin Ahmad Hafifi yang mewakili Sanderasegaran memohon agar sabitan dan hukuman terhadap anak guamnya di bawah Seksyen 302 diketepikan dan digantikan dengan Seksyen 304(a).
Afifuddin berhujah wujud kelompangan dalam naratif disampaikan oleh saksi pendakwaan keenam (SP6) yang merupakan jiran perayu bahawa dia tidak menyaksikan kejadian berlaku pada malam itu manakala suara didengarnya adalah andaian semata-mata.
Peguam itu berkata wujud salah laksana keadilan yang serius terhadap anak guamnya apabila pihak pendakwaan tidak menawarkan saksi bernama Peruwati Samiran (isteri SP6) yang dikatakan melihat kejadian itu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari pula berhujah sabitan dan hukuman adalah selamat untuk dikekalkan kerana hakim bicara telah membuat dapatan kes tersebut berdasarkan keterangan saksi-saksi ketika perbicaraan.
"Versi bahawa berlaku rompakan telah disiasat dan didapati tidak berasas manakala tidak wujud tapak kaki individu-individu dalam rumah tersebut bagi membuktikan wujud pihak lain di tempat kejadian. Hakim bicara juga berpuas hati bahawa SP6 merupakan saksi yang boleh dipercayai dan dia tiada niat untuk menganiaya perayu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati mandatori itu dengan penjara 20 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian terhadap teman wanitanya enam tahun lepas. - Gambar hiasan
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Polis kesan pemandu lori lawan arus
Polis sedang mengesan pemandu lori yang tular memandu melawan arus di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang sehingga menyebabkan kemalangan pada awal pagi Isnin lepas.
Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak kandung.
Operator syarikat digesa pantau pemandu lori patuhi peraturan jalan raya
"Kita mahu jalan yang digunakan oleh orang ramai selamat dan bukan tempat meragut nyawa."
JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
Nahas enam kenderaan: Pemandu lori positif dadah
Berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
Pemandu lori positif dadah rempuh empat kenderaan, seorang maut
Polis berkata akibat rempuhan itu seorang penunggang motosikal mengalami cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kemalangan 10 kenderaan: Pemandu lori ditahan, positif dadah
Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut melibatkan 10 kenderaan di Jalan Seremban-Tampin didapati positif dadah jenis methamphethamine.
Pemandu lori didakwa lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Lelaki berumur 41 tahun berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu ketika mangsa berumur 12 tahun dan 13 tahun di sebuah rumah di Hulu Langat.
Pemandu lori didakwa tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual dengan memegang tangan, paha dan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak perempuan.
Pemandu lori diserang sakit jantung, langgar enam kenderaan, dua maut
Seorang pemandu dipercayai mengalami serangan jantung sehingga lori dipandunya hilang kawalan lalu merempuh enam kenderaan lain.