Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas Rosdi Yussof berkata mangsa berusia 67 tahun dikenali sebagai Samsul Ispur dari Rawang, Selangor itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan polis, petugas Kementerian Kesihatan dan kren daripada pihak pengurusan lori tersebut.
"Panggilan kecemasan diterima pada 3.25 petang dan sebuah jentera dengan enam anggota dihantar ke lokasi kejadian.
"Tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA