PETALING JAYA: Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan menghantar mesej lucah kepada seorang wanita tidak dikenali, dua tahun lalu.
Mohd Razman Ramli, 32, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan fakta kes dan jatuh hukum.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi media sosial secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada seorang wanita dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Ia telah dilihat di sebuah rumah di Ara Damansara, di sini pada jam 2.49 petang, 20 April 2020 lalu.
Atas kesalahan itu, OKS didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Kes berkenaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala OKS tidak diwakili peguam.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Sepang, seorang pekerja kontrak mengaku bersalah atas 12 pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah menggunakan perkhidmatan aplikasi media sosial.
Muhammad Hakim Habibullah, 31, selaku OKS membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Mengikut semua pertuduhan, OKS didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hantaran itu dilihat di Puchong, Selangor pada jam 7.40 pagi dan 12.35 tengah hari antara 13 Disember 2018 hingga 23 Jun 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) akta sama dengan hukuman yang sama.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Mac depan untuk fakta kes, jatuh hukum dan lantikan peguam.
Hakim Noorhisham membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS tidak diwakili peguam.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Astro Awani
Thu Feb 24 2022
Kedua-dua tertuduh didakwa memulakan penghantaran lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. - Gambar hiasan
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Pemandu lori didenda RM6,000 hantar mesej lucah kepada seorang wanita
Seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menghantar mesej lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita yang tidak dikenalinya.
Pemandu lori, pekerja kontrak mengaku hantar mesej lucah
Kedua-dua tertuduh didakwa memulakan penghantaran lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.