Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler dalam kemalangan di KM 231.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, pemandu lori, Lau Seng Koi, 47, mati di tempat kejadian berikutan kehilangan darah yang banyak akibat cedera parah di bahagian kaki selepas tersepit di tempat duduk pemandu.
Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mazrulnaim Abdul Hamid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.36 pagi.
"Sebaik tiba, pasukan kami mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat pemandu dan mendapati dia telah meninggal dunia," katanya ketika ketika dihubungi Bernama.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2017
Pemandu tersebut mati di tempat kejadian berikutan kehilangan darah yang banyak akibat cedera parah di bahagian kaki selepas tersepit di tempat duduk pemandu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Pemandu lori maut langgar belakang treler
Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler dalam kemalangan di Lebuh Raya Plus arah utara di sini, awal pagi ini.