Mahkamah Sesyen Sibu hari ini menetapkan 2 Oktober depan untuk mendengar semula kes pembunuhan seorang wanita, yang ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangannya terikat di Sibu pada 2 Ogos lalu.
Hakim Caroline Bee Majanil menetapkan tarikh tersebut bagi menunggu laporan lengkap kimia dan bedah siasat kes.
Terdahulu, tertuduh dalam kes ini, Philip Uja, 42 tahun, seorang pemandu lori telah dituduh di hadapan Caroline atas tuduhan membunuh dan merogol mangsa, namun tiada pengakuan direkodkan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26 tahun di sebuah bilik tidak bernombor di Jalan Tiong Hua, Sibu di antara jam 8.00 malam 1 Ogos hingga 2.30 petang 2 Ogos lalu.
Pertuduhan kedua pula dibacakan di bawah Seksyen 376(4) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa hingga menyebabkan kematiannya.
Kedua-dua pertuduhan menetapkan hukuman maksimum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Tajul Ariffin Musa.
Pada 2 Ogos lalu, Nurnia Azalea yang juga penjawat awam di Jabatan Pendaftaran Negara ditemui mati di bilik sewanya dalam keadaan tangan dan kakinya terikat.
Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap oleh rakan sekerjanya selepas gagal hadir ke tempat kerja manakala usaha suami mangsa menghubunginya sejak malam sebelumnya juga tiada jawapan.
Rohana Wahed
Tue Aug 21 2018
![Pemandu lori berhadapan hukuman mati kerana bunuh dan rogol Pemandu lori berhadapan hukuman mati kerana bunuh dan rogol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51533641782_PhilipUja.jpg)
Kedua-dua pertuduhan menetapkan hukuman maksimum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan
Kes pegawai bank wanita yang sedang memindahkan wang tunai daripada peti besi ditembak mati pengawal keselamatan, pada tahun 2013.
![Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719447026_bunuhjiranSudadi.jpg)
Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran
Pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan.
![Suri rumah didakwa bunuh anak angkat berusia lima tahun Suri rumah didakwa bunuh anak angkat berusia lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718939435_wanitadituduhbun.jpg)
Suri rumah didakwa bunuh anak angkat berusia lima tahun
Wanita itu didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada Iman Adelia Yusullah.
![Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717632291_rogolugut.jpg)
Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi
Lebih menyayat hati apabila bayi itu dibuang kerana remaja terbabit tidak pandai menguruskannya.
![Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713498777_Bbunuhbabyjpg.jpg)
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
![Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713345434_peniagawarungjpg.jpg)
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
![Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712969716_NicolasMcGee.jpg)
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
![Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712202958_wargaMyanmarjpg.jpg)
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
![Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709881001_Duabersaudara.jpg)
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
![Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709695040_TBLelakiwargaema.jpg)
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.