Sikap pemandu lori bauksit yang memandu secara berbahaya dipercayai berpunca daripada sikap mereka yang mahu mengejar wang daripada aktiviti perlombongan bahan mineral itu.
Berikutan upah lumayan yang bakal diterima, terbanyak ramai pemandu yang datang dari luar bertumpu ke Pahang, walaupun mereka tidak mempunyai permit untuk mengangkut.
Lebih menyedihkan, terdapat penduduk tempatan yang turut maut akibat digilis lori bauksit, misalnya seperti nasib yang menimpa seorang guru Nohaili Ahmad Zabidi, 40, apabila keretanya berlanggar dengan lori bauksit.
Namun seorang pemandu tempatan yang dikenali sebagai Wan Rosli Wan Muda, 43, memberi alasan bahawa pemandu yang memandu secara merbahaya merupakan pemandu luar.
"Mereka beroperasi tanpa permit sehingga menyusahkan pemandu tempatan yang mempunyai permit. Disebabkan mereka, kami pun terpaksa berhadapan dengan pemeriksaan pihak penguat kuasa," katanya.
Wan Rosli berkata beliau memperoleh upah sehingga RM180 sehari, RM60 untuk setiap perjalanan dan beliau tidak menolak kemungkinan pemandu lori tanpa permit memperoleh upah lebih lumayan bagi menampung risiko dikenakan pihak penguat kuasa.
"Disebabkan faktor ini juga, pemandu luar sanggup memandu laju di jalan raya bagi mengejar trip sehingga tengah malam, kerana lebih banyak perjalanan dilakukan, maka lebih lumayan upah yang bakal diperoleh mereka.
"Pemandu lori yang mempunyai permit hanya beroperasi sehingga pukul 4 petang berdasarkan syarat permit. Tetapi mereka (pemandu lori haram) kebanyakannya tidak memperdulikan soal tersebut," katanya.
BACA: NGO sedia beri kerjasama bendung salah laku pelombong bauksit
BACA: SPRM panggil enam pegawai PTG Pahang bantu siasatan
BACA: Peneroka tolak tawaran RM1 juta, nekad pertahan kelapa sawit
Wan Rosli berkata berkata selepas pengumuman moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula esok (15 Januari), hampir 90 peratus pemandu lori luar sudah kembali ke negeri masing-masing.
"Terlampau banyak lori di atas jalan raya menyebabkan wujud lebih banyak debu. Namun sekarang keadaan bertambah baik, ia tidak teruk seperti sebelum ini," katanya.
Seorang pemandu luar Roslan Aisha, 44, dari Pulau Pinang berkata beliau sanggup berjauhan dengan keluarganya semata-mata mahu mengejar upah lumayan yang ditawarkan pengusaha lombong bauksit.
Beliau datang selepas Aidilfitri lalu dan tinggal bersama pemandu lain yang datang dari luar dengan menyewa di kawasan perumahan di Balok.
"Selepas 15 Januari ini, saya terpaksa balik ke Pulau Pinang sebab sudah tidak boleh angkut bauksit selama tiga bulan," katanya.
Nor Hashim Muhamad Toha, 49, yang datang dari Selangor sejak empat bulan lepas berkata beliau sanggup datang kerana tertarik dengan upah lumayan yang telah diperoleh rakan-rakannya.
"Ini banyak bantu kami untuk sara keluarga kami. Tetapi selepas ini (moratorium) tiada lagi lubuk wang untuk kami," katanya sedikit kesal.
Bernama
Thu Jan 14 2016
Lori-lori yang membawa bauksit telah memenuhi jalan raya yang selama ini selesa digunakan penduduk tempatan dengan kenderaan persendirian masing-masing. - Foto Bernama
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.
Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.
Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.
Johor pertahan beri air percuma kepada golongan berpendapatan rendah
Beliau menegaskan usaha itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri serta ingin memenuhi manifesto Pakatan Harapan dan membantu rakyat berpendapatan rendah.