JERTIH: Seorang pemandu jentolak menemukan dua butir bom lama ketika melakukan kerja pembersihan tanah berhampiran sebuah dewan terbuka di Seberang Jertih di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki berusia 32 tahun itu, menemukan bom tersebut ketika sedang menggali lubang di kawasan itu pada pukul 1.30 tengah hari.
"Objek berbentuk bujur dan berwarna perak menyerupai bom itu, berada di dalam tanah di kawasan yang dibersihkan oleh pemandu jentolak tersebut.
"Lelaki terbabit yang tidak mahu mengambil tindakan sendiri, telah datang ke Balai Polis Jertih bagi membuat laporan," katanya di sini, hari ini.
Abdul Rozak berkata sepasukan anggota dari Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, bergegas ke tempat kejadian kemudian disusuli Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
Abdul Rozak berkata dua bom lama tersebut dikenal pasti sebagai Unexploded Ordnance (UXO) jenis Mortar 60mm dan keadaannya sudah berkarat.
"UPB telah menjalankan tindakan pemusnahan dilokasi dengan jayanya tanpa sebarang kerosakan harta benda mahupun kecederaan," katanya.
Sementara itu menurut pemandu jentolak Nik Suhairi Azlan Latif, pada awalnya beliau menyangka objek tersebut merupakan mainan kanak-kanak.
"Ketika saya menggali lubang tiba-tiba objek itu tergolek atas tanah dan saya turun dari jentolak untuk memeriksa sama ada ia mainan atau sebaliknya.
"Saya agak terkejut apabila mendapati ia bom lama lalu saya segera membuat laporan di balai polis. Nasib baik saya tidak cuba pecahkan bom tersebut dengan mata jengkaut," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Terengganu meneliti lokasi tempat dua biji bom lama jenis mortar 60mm dan perlu diletupkan di belakang sebuah dewan terbuka berhampiran sebuah stesen minyak di Seberang Jertih pukul 1.30 petang ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pemandu jentolak temukan peluru mortar lama
UXO tersebut telah berjaya dimusnahkan di satu kawasan yang selamat pada 4.17 petang.
Pemandu jentolak jumpa bom
Seorang pemandu jentolak menemukan dua butir bom lama ketika melakukan kerja pembersihan tanah berhampiran sebuah dewan terbuka di Seberang Jertih, tengah hari tadi.
Pemandu jentolak maut ditimbus tanah
Seorang pemandu jentolak maut akibat tertimbus dalam runtuhan tanah sewaktu melakukan kerja mengorek dan meratakan lereng bukit berdekatan Kampung Ulu Tawar, dekat Baling pada Jumaat.