Seorang pemandu jentera cerucuk besi ditahan 7 malam semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian sepasang suami isteri yang maut ditimpa jentera itu pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat berkata turut ditahan penyelia tapak pembinaan dan penyelia bahagian keselamatan dan kesihatan projek berkenaan.
Ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan reman sehari selepas hadir ke balai polis bagi memberi keterangan berhubung kemalangan terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, dekat sini petang semalam.
"Pemandu jentera berkenaan mengalami patah kaki akibat kemalangan itu dan hanya datang ke balai semalam selepas dibenarkan keluar dari hospital.
"Ketiga-tiga mereka akan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
BACA: Jentera cerucuk besi hempap kereta, DOSH arah henti kerja pembinaan
Mohd Yusoff berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kematian akibat cuai.
Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari itu mangsa, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya Nurhayati Rosli, 46, maut apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap jentera pencerucuk besi yang tumbang ketika melalui jalan di Bandar Bukit Raja, Klang.
Susulan itu, anak sulung mangsa, Mohd Zahidin Abd Rahim dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju jika terdapat unsur cuai dalam kemalangan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2016

Sepasang suami isteri yang maut apabila ditimpa jentera cerucuk besi pada Jumaat lalu. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Pemandu jentera cerucuk besi ditahan
Seorang pemandu jentera cerucuk besi ditahan 7 malam semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian sepasang suami isteri yang maut ditimpa jentera itu pada Jumaat.