Semua pemandu perkhidmatan 'e-hailing' mesti membuat pendaftaran lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) seperti pemandu teksi lain mulai Januari tahun depan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk menyelesaikan pendaftaran lesen PSV mereka termasuk mengikuti kursus PSV.
"Peraturan 'e-hailing' ini telahpun digazetkan. Pendaftaran untuk pemandu ini akan bermula Januari hingga Julai 2019.
"Tarikh 12 Julai 2019, kita mula kuatkuasakan peraturan baharu itu kerana itu ialah tempoh yang kita beri, maksudnya menjelang 12 Julai semua pemandu e-hailing mesti ada pendaftaran dan lesen PSV, insurans dan kenderaan yang melebihi tiga tahun perlu buat pemeriksaan kenderaan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini pada Isnin.
Terdahulu, Loke mengadakan pertemuan dengan Penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail di Bangunan Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.
Shamsubahrin dilaporkan berkata pemandu teksi syarikat itu tidak akan mengadakan bantahan terhadap Kementerian Pengangkutan sehingga 1 Jan 2019 susulan Loke memberi jaminan setiap pemandu e-hailing tidak terkecuali membuat pendaftaran lesen PSV sama seperti pemandu teksi mulai awal tahun depan.
Sementara itu, Loke menasihati pemandu 'e-hailing' agar tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar lesen PSV mereka.
Katanya, buat masa ini pendaftaran lesen pengendali untuk syarikat yang mahu melaksanakan perkhidmatan 'e-hailing' masih berjalan setelah mereka diberi tempoh berbuat demikian sejak Julai lepas.
Beliau yakin lebih banyak syarikat akan beralih kepada perkhidmatan tersebut memandangkan ia mempunyai pasaran yang lebih luas.
"Ia terbuka kepada mana-mana syarikat. Kita tidak mahu mana-mana satu company sahaja untuk monopoli perkhidmatan e-hailing ini.
"Kalau ada lebih banyak pemain dalam pasaran maka ini akan memberikan persaingan yang sihat dan juga memberikan kelebihan dan manfaat kepada pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 26 2018

Loke menasihati pemandu 'e-hailing' agar tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar lesen PSV mereka. - Gambar fail
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Pelajar IPT dibenar pulang sempena cuti semester mulai 12 Julai
Pelajar institut pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti semester 2020/2021 mulai Isnin depan (12 Julai), kata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pemandu e-hailing mesti daftar lesen PSV mulai tahun depan - Anthony Loke
Pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk menyelesaikan pendaftaran lesen PSV mereka termasuk mengikuti kursus PSV.

Terima kasih Malaysia ucap selamat hari lahir 'ke-29' saya - Siti Hasmah
Dr Siti Hasmah manis mengenakan baju kurung warna hijau kelihatan sibuk membaca kad ucapan hari lahir yang dikirim oleh rakyat, memotong kek dan menyantuni tetamu.