NIBONG TEBAL: Seorang pemandu bas kilang ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan di jalan raya di sini hari ini dan didapati memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh sahnya 12 tahun lepas.
Pemandu berusia 48 tahun dari Karangan, Kedah itu antara yang ditahan menerusi Ops Patuh Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di Valdor, petang tadi.
Ketika ditahan, dia membawa 33 penumpang pekerja warga asing dalam perjalanan dari sebuah kilang di Batu Kawan menuju ke asrama pekerja terbabit di kawasan Valdor.
Lelaki itu mendakwa wangnya sudah habis membayar saman sebelum ini menyebabkan dia tidak memperbaharui lesen dan masih mempunyai lima lagi saman yang belum dijelaskan selain mendakwa hanya menjadi pemandu gantian dan dibayar RM30 sehari untuk satu perjalanan.
"Lesen saya sudah tamat tempoh sejak 2011...sebelum ini saya bawa lori tanah dan masih ada lima saman tertunggak yang belum dibayar. Saya sudah tak ada duit...ini pun ganti orang saja bawa bas tak sangka pula kena tahan," katanya.
Sementara itu Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Adenan Md Isa berkata, pihaknya telah mengambil tindakan dengan menyita bas berkenaan dan pemandu itu dikenakan kompaun malah majikannya turut diambil tindakan kerana membenarkan pemandu memandu tanpa lesen.
"Bila dia ada saman tertunggak yang tidak dibayar, dia tidak boleh perbaharui lesen menyebabkan dia abaikan sehingga lebih 10 tahun...bila dah lebih 10 tahun tak ada lesen memandu, walaupun dalam sistem tu ada (rekod) dia kena buat permohonan semula untuk memiliki lesen memandu..
Nampaknya masih ramai lagi pemandu yang tidak memiliki lesen memandu, tidak memiliki lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) semata-mata demi mengejar pendapatan kerana beranggapan ia bukanlah satu kepentingan mahupun perkara yang menjadi keutamaan," katanya.
Justeru, beliau berkata dengan adanya penguatkuasaan menerusi operasi itu dapat meningkatkan "perception of being caught" (POBC) atau persepsi ditahan kerana melakukan kesalahan dalam kalangan pengguna jalan raya.
Dalam pada itu, Adenan berkata Ops Patuh Bersepadu yang dimulakan pada 1 Nov sehingga petang tadi telah mengambil tindakan terhadap 2,203 kenderaan dengan 2,806 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan.
Katanya, paling banyak adalah tiada lesen memandu dengan 763 kes selain tiada lesen kenderaan motor atau lesen kenderaan motor tamat tempoh membabitkan 421 kes.
"Selain itu, 381 saman dikeluarkan kerana tiada perlindungan insurans dan 113 lagi tiada lesen PSV serta lain-lain kesalahan termasuk kesalahan ubah suai kenderaan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Seorang pemandu bas kilang ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan di jalan raya hari ini dan didapati memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh sahnya 12 tahun lepas. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Pemandu bas kilang ditahan dengan lesen sudah 12 tahun tamat tempoh
Seorang pemandu bas kilang ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan di jalan raya di sini hari ini dan didapati memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh sahnya 12 tahun lepas.