SUNGAI PETANI: Keterujaan lima sahabat untuk memancing di laut bertukar tragedi apabila bot mereka naiki terbalik pada kedudukan 5.5 batu nautika barat daya Jeti Tanjung Dawai, jam 11 pagi tadi.
Seorang pemancing ditemui lemas sementara empat yang lain bersama seorang tekong bot terselamat selepas berjaya memanjat di atas bahagian bawah bot yang terbalik.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata pihaknya telah menerima panggilan daripada pemilik bot terbabit, pada jam 11.15 pagi memaklumkan insiden di mana seorang daripada mangsa telah hilang.
Berikutan itu Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.35 pagi.
"Bot PERKASA 1221 Maritim Negeri Pulau Pinang dan bot PERKASA 1226 Zon Maritim Kuala Kedah telah diatur gerak ke lokasi kejadian dan menemukan bot berkenaan dalam keadaan terbalik, manakala semua mangsa ditemui memakai jaket keselamatan termasuk mangsa yang lemas," katanya.
Menurut Noor Azreyanti, lima mangsa selamat ialah tekong bot Che Roslan Hashim, 49, bersama empat pemancing iaitu Mohd Firdaus Zainal Abidin, 36, Engku Mohamad Farizam Fadilah, 19, Zulkifli Ahmad, 45, dan Hafizul Ajis Samsudin, 31.
Sementara mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti Muhamad Ridhwan Mokhtar, 38.
Kesemua mangsa dibawa ke Jeti Tanjung Dawai untuk proses sanitasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat.
Sementara salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan ringan turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 14 2021
![Pemancing maut selepas bot dinaiki bersama rakan terbalik Pemancing maut selepas bot dinaiki bersama rakan terbalik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639475700_pemancingmautbott.jpg)
Seorang pemancing ditemui mati lemas sementara empat yang lain bersama seorang tekong bot selamat selepas berjaya memanjat di atas bahagian bawah bot yang terbalik. - Astro AWANI
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Mayat mangsa bot terbalik di Pulau Indah ditemukan Mayat mangsa bot terbalik di Pulau Indah ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719418407_MayatPulauIndah.jpg)
Mayat mangsa bot terbalik di Pulau Indah ditemukan
Mayat seorang lelaki yang merupakan mangsa insiden bot terbalik pada Ahad lalu ditemukan di perairan Pulau Indah, Klang semalam.
![Op Carilamat diteruskan ke pesisir pantai, aset udara ditambah Op Carilamat diteruskan ke pesisir pantai, aset udara ditambah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719061544_MaritimMalaysia.jpg)
Op Carilamat diteruskan ke pesisir pantai, aset udara ditambah
Kawasan pencarian juga akan diteruskan di kawasan pesisir pantai berdasarkan kedudukan bot yang semakin menghampiri kawasan pantai.
![Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716095819_tblemastasikpedu.jpg)
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
![Lapan orang maut bot migran terbalik di Laut Mediterranean Lapan orang maut bot migran terbalik di Laut Mediterranean](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712844703_tbmigrants.jpg)
Lapan orang maut bot migran terbalik di Laut Mediterranean
Pengawal Pantai Itali menghulurkan bantuan dan bot peronda mereka berjaya menyelamatkan ramai pendatang di atas kapal.
![Lari daripada wabak taun, lebih 90 maut bot karam di Mozambique Lari daripada wabak taun, lebih 90 maut bot karam di Mozambique](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712569349_BotKaramMozambiq.jpg)
Lari daripada wabak taun, lebih 90 maut bot karam di Mozambique
Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![12 kanak-kanak, 2 guru maut selepas bot terbalik di Gujarat India 12 kanak-kanak, 2 guru maut selepas bot terbalik di Gujarat India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705639936_TBcranejpg.jpg)
12 kanak-kanak, 2 guru maut selepas bot terbalik di Gujarat India
Sekurang-kurangnya 12 pelajar dan dua guru lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Tasik Harni di Gujerat, barat India.
![Bot terbalik, lima kanak-kanak lemas di barat Kenya Bot terbalik, lima kanak-kanak lemas di barat Kenya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51601565900_LemasGeneric.jpg)
Bot terbalik, lima kanak-kanak lemas di barat Kenya
Seramai lima kanak-kanak maut selepas bot dinaiki mereka di sebuah taman hiburan popular terbalik pada Sabtu di Daerah Uasin Gishu, barat Kenya.
![Warga emas maut bot terbalik Warga emas maut bot terbalik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697969999_mayat.jpg)
Warga emas maut bot terbalik
Seorang warga emas maut selepas bot yang dinaiki terbalik dalam kejadian di Sungai Nenggiri Kampung Setelu, Gua Musang pada Ahad.
![49 maut dalam insiden bot terbalik di Congo 49 maut dalam insiden bot terbalik di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697339114_tbGenericLemas.jpg)
49 maut dalam insiden bot terbalik di Congo
Punca nahas itu dipercayai kerana bot penumpang dan kargo itu membawa muatan berlebihan termasuk bahan binaan.
![10 hilang, bot terbalik di Bihar, India 10 hilang, bot terbalik di Bihar, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694698908_bot.jpg)
10 hilang, bot terbalik di Bihar, India
Sekurang-kurangnya 10 orang hilang manakala 20 lagi berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki terbalik di Bihar di timur India pada Khamis.