SIBU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di hulu sungai Kampung Seberang, Maludam, kira-kira 185km ke selatan dari sini ditemukan mati dengan kesan dipercayai gigitan buaya.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa, Abang Mohd Norazat Abang Salim, 27, ditemukan terapung di hulu sungai berdekatan Loji Air Maludam oleh bapanya bersama tiga penduduk kampung yang meneruskan pencarian pada 2 pagi tadi.
"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dengan terdapat kesan gigitan buaya di muka manakala kedua-dua kaki dan tangan mangsa juga sudah tiada, kemudiannya dibawa menggunakan bot sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan pusat berkenaan hari ini.
Abang Mohd Norazat dipercayai keluar memancing ikan seorang diri dengan berjalan kaki kira-kira 3 petang Selasa lepas dan laporan polis dibuat oleh ahli keluarganya selepas mangsa tidak pulang hingga semalam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Saratok yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat semalam mengesan kehadiran seekor buaya tidak jauh dari tempat peralatan memancing mangsa ditemukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemukan mati dengan kesan dipercayai gigitan buaya. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kemaskininya memaklumkan
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga pagi tadi.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Lelaki hilang disambar buaya ketika memancing
Seorang lelaki yang sedang memancing hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di jeti Mantanani di Kota Belud pada Jumaat.
Mohd Hairul tak pulang selepas keluar memancing
Seorang pemuda hilang semasa keluar memancing di kawasan pantai berdekatan Jeti Air Masin, Kukup di sini pada Selasa.
2 pemancing hilang 2 hari di perairan Pulau Tioman ditemui selamat
Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di perairan berhampiran Pulau Tioman pada Isnin lalu ditemui selamat hari ini.
Remaja terjatuh semasa memancing ditemui lemas
Seorang remaja lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Jambatan Kemasul 1, Felda Kemasul di Bentong ditemui lemas hari ini.
Pemancing hilang dipercayai dibaham buaya di Semporna
Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang tadi.
Pemancing hilang ditemukan maut dengan kesan gigitan buaya
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemukan mati dengan kesan dipercayai gigitan buaya.
10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.
18 pemancing, kru bot karam di perairan Langkawi ditemui selamat
Seramai 18 pemancing termasuk kru sebuah bot yang dilaporkan hilang dan karam, dipercayai selepas dipukul ribut di perairan Langkawi ditemui selamat, malam ini.
14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi
Sebuah bot membawa empat kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi hari ini.