Sejumlah 1,261 pemaju perumahan yang telah disenarai hitam oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak dibenarkan menyertai sebarang projek pembinaan perumahan bermula 2015.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata bermula 2015, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang baharu iaitu 'bina dulu baru jual' bagi mengelak pembeli rumah menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai.
"Pemaju perumahan yang telah dikenal pasti beserta 4,150 individu atau ahli lembaga pengarah syarikat yang terlibat tidak akan diberi peluang untuk mendapatkan projek perumahan.
"Ini antara usaha kerajaan dalam memastikan orang ramai tidak lagi menjadi mangsa projek terbengkalai akibat pemaju yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci dan Sijil menduduki Projek Perumahan Taman Desa Mesra di sini Selasa.
Mengulas lanjut Chor berkata jika pemaju yang telah disenarai hitam mahu terlibat semula dalam sebarang projek perumahan mereka perlu menyiapkan projek yang terbengkalai dan membersihkan rekod syarikat mereka semula.
Dalam pada itu katanya kerajaan kini sedang giat bekerjasama dengan pihak bank dan institusi kewangan bagi memastikan undang-undang 'bina dulu baru jual' dapat dilaksanakan pada 2015.
"Ini kerana dengan pelaksanaan undang-undang ini, pemaju perlu menanggung 90 peratus kos pembinaan rumah kerana pembeli hanya perlu membayar 10 peratus daripada harga rumah dan selebihnya dibayar setelah rumah tersebut disiapkan oleh pemaju," katanya.
Chor berkata kerajaan juga dalam usaha membantu penduduk di kawasan bandar yang berpendapatan rendah memiliki rumah, akan melaksanakan 45 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara mulai tahun depan.
"Di negeri Pahang kerajaan akan membina lima projek PPR iaitu di Pulau Tioman, Benta (Raub), Jerantut, Penor (Pekan) dan Sungai Ular (Kuantan)," katanya.
Projek Perumahan Taman Desa Mesra sebelum ini terbengkalai selama 25 tahun sehingga diselamatkan oleh kerajaan dengan kos RM11.8 juta.
Bernama
Tue Mar 26 2013
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
MCA pecat 12 anggota langgar perlembagaan parti
Tujuh daripada mereka telah bertindak menjadi calon Bebas dan calon parti pembangkang bagi PRU14 manakala lima lagi menjadi pencadang/penyokong atau saksi kepada calon.
Tiada lagi kenaikan harga siling hartanah warga asing
Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan had siling minimum hartanah RM500 ribu yang boleh dibeli warga asing di Malaysia.
13 kawasan rumah pangsa akan dibaik pulih
Projek kejiranan indah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diteruskan namum kawasan masih belum dikenalpasti
Kerajaan sasar kemudahan tandas mencapai 85 peratus tahap kebersihan
Langkah itu penting dalam memastikan rakyat Malaysia serta pelancong mendapat kemudahan sanitasi yang sempurna.
Kompaun RM1,000 bagi kesalahan buang sampah
Kompaun maksimum RM1000 akan dikenakan bagi kesalahan membuang sampah di tempat awam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.