KUALA LUMPUR: Pemain industri vape, khususnya pengilang tempatan yang mengeluarkan produk cecair atau gel mengandungi nikotin, diberi tempoh bermula 1 hingga 30 April 2023 untuk mendaftarkan aktiviti pengilangan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan berkata pendaftaran awal dalam tempoh yang ditetapkan ini boleh mengelak pengilang dikenakan kompaun atas kesalahan lewat berdaftar.
"Pendaftaran awal ini akan memastikan pematuhan industri yang menyeluruh serta pengutipan cukai berjalan lancar menjelang Mei 2023," katanya.
Kementerian Kewangan berkata pendaftaran pelesenan di bawah Akta Eksais 1976 boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem MyExcise di pautan https://myexcise.customs.gov.my/myexcise/.
Berkuat kuasa 1 April 2023, melalui pewartaan Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2023, duti eksais pada kadar RM0.40 akan dikenakan bagi setiap mililiter cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.
Dengan pelaksanaan duti eksais ini, Kementerian Kewangan berkata kerajaan akan terus memastikan semua peraturan dan kawalan barangan berduti eksais oleh JKDM dapat dipertingkatkan untuk mengelak ketirisan hasil negara.
"Malah, seperti yang telah dijanjikan dalam pengumuman Belanjawan 2023, separuh daripada hasil duti eksais ini akan diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023
Pemain industri vape, khususnya pengilang tempatan yang mengeluarkan produk cecair atau gel mengandungi nikotin, diberi tempoh bermula 1 hingga 30 April 2023 untuk mendaftarkan aktiviti pengilangan kepada JKDM. - Gambar hiasan
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
AWANI Ringkas: Langkah "war on sugar"
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belanjawan 2025: Peruntukan terbesar RM421 bilion
Analisis pembentangan Belanjawan 2025 oleh tiga penganalisis ekonomi.
AWANI 7:45 [18/10/2024] - Gaji minimum RM1,700 | Perbezaan hutang terkumpul dan hutang baru | Sehingga tujuh luruan Monsun Timur Laut
1. Belanjawan 2025, gaji minimum naik antara jadi tumpuan.
2. Jangan keliru hutang negara, kerajaan tidak tambah hutang baharu.
3. MetMalaysia ramal banjir di pantai timur, Sarawak dan Sabah.
4. Lima dikhuatiri lemas, perahu lumba karam ketika latihan regata Sarawak.
2. Jangan keliru hutang negara, kerajaan tidak tambah hutang baharu.
3. MetMalaysia ramal banjir di pantai timur, Sarawak dan Sabah.
4. Lima dikhuatiri lemas, perahu lumba karam ketika latihan regata Sarawak.
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Pemain industri vape digesa daftar aktiviti pengilangan kepada kastam
Kementerian Kewangan berkata pendaftaran awal dalam tempoh yang ditetapkan ini boleh mengelak pengilang dikenakan kompaun atas kesalahan lewat berdaftar.