PUTRAJAYA: Pengilang padi, pemborong beras dan peruncit memberikan komitmen melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara bagi menjamin kestabilan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata persetujuan itu dinyatakan pada sesi libat urus KPKM bersama pemain industri beras negara di Putrajaya hari ini bagi membincangkan secara terperinci berkenaan BPT dan kenaikan harga Beras Putih Import (BPI).
PKBPT sedang dilaksanakan dalam dua fasa bermula pada 8 Sep dan 15 Sep ini, dan melalui PKBPT, pengilang akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus bekalan BPT (23,000 tan metrik sebulan) untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.
"Langkah intervensi ini bertujuan bagi memastikan bekalan BPT dapat memenuhi keperluan pengguna dan menjamin kestabilan bekalan BPT di pasaran," kata KPKM dalam kenyataan pada Rabu sempena sesi libat urus yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali.
Sesi libat urus itu turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan lima pemborong beras utama serta 11 pasar raya besar.
Menerusi PKBPT itu, KPKM berkata FAMA dan LPP turut dilibatkan bagi tujuan pengedaran BPT kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya.
Pemantauan dan penguatkuasaan keseluruhan rantaian PKBPT itu akan dilakukan oleh KPKM melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dengan kolaborasi strategik bersama Bahagian Penguat kuasa, KPDN dalam Op JAMIN, katanya.
Sebelum ini, KPKM telah mengadakan sesi libat urus melibatkan pasar raya pada 20 Julai lepas, pengilang padi dan pemborong beras pada 28 Ogos lepas serta Sesi Dialog Belanjawan 2024 Subsektor Padi dan Beras Negara pada 7 Sept lepas.
Isu kekurangan bekalan beras negara dan kenaikan harga beras import mendapat perhatian Ahli Parlimen pada sesi perbahasan hari kedua usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.
Mereka berpendapat masalah itu perlu ditangani dengan kadar segera bagi meredakan keresahan dalam kalangan rakyat memandangkan beras ialah makanan ruji di negara ini.
Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera bagi menampung kekurangan 38 peratus bekalan beras untuk kegunaan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
![Pemain industri komited laksana PKBPT jamin kestabilan beras di pasaran Pemain industri komited laksana PKBPT jamin kestabilan beras di pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694618387_KementerianPertania.jpg)
Pengilang padi, pemborong beras dan peruncit memberikan komitmen melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara bagi menjamin kestabilan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran. - Foto Facebook KPKM
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pemain industri komited laksana PKBPT jamin kestabilan beras di pasaran Pemain industri komited laksana PKBPT jamin kestabilan beras di pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694618387_KementerianPertania.jpg)
Pemain industri komited laksana PKBPT jamin kestabilan beras di pasaran
Ia bagi menjamin kestabilan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.