KUALA LUMPUR: Permintaan elektrik di Asia Tenggara telah mengatasi rantau lain di seluruh dunia, meningkat secara purata lebih daripada 6.0 peratus setiap tahun sepanjang tempoh dua dekad yang lalu.
Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, penggunaan elektrik di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand secara kumulatif menyumbang lebih 80 peratus daripada jumlah permintaan elektrik di rantau ini, susulan peningkatan pemilikan perkakas rumah dan penggunaan barangan dan perkhidmatan.
Walaupun rantau ini merupakan salah satu daripada beberapa kawasan terpilih yang penjanaan tenaga arang batunya telah berkembang, dinamik itu dijangka berubah dalam beberapa dekad akan datang apabila kerajaan-kerajaan dilihat menimbang untuk meningkatkan bahagian tenaga boleh baharu (TBB) dalam campuran kuasa.
Pada masa yang sama, peningkatan penggunaan teknologi cekap tenaga bagi loji jana kuasa arang batu akan menyumbang kepada pengurangan penggunaan kuasa.
ICPT di Malaysia
Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) adalah mekanisme di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif yang membenarkan pelarasan dalam tarif elektrik untuk mencerminkan perubahan dalam kos bahan api dan kos berkaitan penjanaan lain kerana kos ini ditetapkan berdasarkan harga yang ditanda aras dalam tarif asas.
ICPT, yang disemak setiap enam bulan, akan mencerminkan kos sebenar tarif dalam bentuk sama ada rebat atau surcaj.
Sejak 2015, kerajaan telah berjaya melaksanakan 18 kitaran di bawah mekanisme ICPT untuk membantu mengurangkan kesan harga bahan api global yang tinggi, termasuk yang terkini subsidi elektrik RM5.2 bilion bagi tempoh kawal selia 1 Julai-31 Dis 2023.
Pengarah Institut Penyelidikan Suria UiTM, profesor madya Dr Nofri Yenita Dahlan berkata perubahan dramatik dalam senario tenaga disebabkan oleh kenaikan harga tenaga, peningkatan permintaan terhadap arang batu dan pemulihan ekonomi global yang pesat selepas wabak, adalah suatu yang tidak dapat dielakkan.
"Tekanan ke atas sistem fiskal akibat COVID-19 dan kenaikan harga tenaga memerlukan pelepasan kos tenaga kepada pengguna, sama ada mereka isi rumah atau syarikat," katanya kepada Bernama.
Oleh itu, beberapa mekanisme pelepasan kos atau surcaj yang mencerminkan harga tenaga antarabangsa tidak dapat dielakkan sekarang dan pada masa hadapan, katanya.
Teknologi Cekap Tenaga Di Malaysia
Bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik, industri global juga mempercepatkan pelaburan mereka ke arah kecekapan tenaga apabila perlumbaan yang kritikal ke arah pelepasan sifar bersih semakin meningkat.
Ini melibatkan pengurangan jumlah tenaga yang diperlukan untuk loji jana kuasa, rumah, bangunan komersial dan kenderaan melalui penggunaan peralatan cekap tenaga.
Di Malaysia, Suruhanjaya Tenaga (ST) memperkenalkan label penarafan cekap tenaga untuk peralatan seperti peti sejuk, penyaman udara, kipas domestik, mesin basuh, televisyen, ketuhar gelombang mikro, ketuhar elektrik, periuk nasi dan lampu.
Produk-produk ini akan mengandungi label cekap tenaga yang dikeluarkan kepada pengilang peralatan elektrik yang mematuhi keperluan piawaian prestasi tenaga.
Label cekap tenaga menunjukkan anggaran penggunaan tenaga oleh peralatan elektrik menggunakan sistem penarafan bintang, dengan lima bintang adalah yang paling cekap dan satu bintang pula adalah paling kurang cekap.
Untuk makluman, hanya produk yang mempunyai sekurang-kurangnya dua bintang dibenarkan memasuki pasaran Malaysia.
Walaupun peralatan bertaraf lima bintang mungkin lebih mahal sedikit, pengguna akan dapat menikmati penjimatan pada bil elektrik mereka dalam jangka masa panjang.
Komitmen Kerajaan Untuk Peralihan Ke Arah Tenaga Boleh Baharu
Insentif kerajaan juga memainkan peranan untuk menggalakkan pengamalan tenaga boleh baharu (TBB); sebagai contoh, skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) untuk rakyat, NEM Rakyat, telah mendapat sambutan positif dengan hanya 45 peratus kuota yang tinggal sehingga 31 Dis, 2023.
Di bawah skim itu, mereka yang menggunakan panel fotovoltaik solar (PV) sendiri bagi menjana elektrik boleh mengeksport lebihan tenaga ke grid elektrik syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) sebagai pertukaran untuk kredit yang boleh digunakan dalam mengimbangi bil elektrik mereka.
Bagi menggalakkan lagi pemasangan sistem PV solar, kerajaan juga telah memudahkan syarat-syarat di bawah program NEM dan program Penggunaan Sendiri bagi Pemasangan PV Solar (SelCo) melalui langkah-langkah seperti:
- kelonggaran had kapasiti bagi setiap isi rumah yang memohon program NEM Rakyat;
- peningkatan kapasiti yang dibenarkan untuk sistem PV solar di bawah program NEM NOVA dan program SelCo daripada 75 peratus kepada 85 peratus; dan
- pembukaan aplikasi dan penyertaan oleh pengguna voltan tinggi di bawah program SelCo.
TNB juga akan mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk menggalakkan pemasangan sistem PV solar.
"Kami merasakan sokongan kerajaan dan insentif tambahan boleh membantu merangsang penggunaan solar di rumah, contohnya, pelepasan cukai peribadi, sama seperti yang boleh dituntut untuk pembelian komputer," kata Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Kumpulan Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen kepada Bernama.
Plus Xnergy ialah penyedia penyelesaian tenaga bersih yang telah menyediakan kelengkapan kepada lebih daripada 700 rumah, 130 bangunan komersial dan perindustrian (antara 2012 dan 2019) dan 126 bangunan (2020-2021) dengan panel PV solar.
Ko memuji langkah kerajaan dalam mengutamakan kelestarian alam sekitar menerusi Bajet 2023.
"Kerajaan yang komited untuk meningkatkan keseimbangan pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar, bukan sahaja akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan kemahiran semula tetapi juga mewujudkan peluang untuk mengurangkan kekurangan tenaga di kawasan luar bandar dengan menyediakan tenaga bersih dan mampu milik," katanya.
Ko turut mengetengahkan langkah positif yang diambil kerajaan untuk menyokong agenda hijau, termasuk Dasar Tenaga Negara 2022-2040.
"Inisiatif itu termasuk memanfaatkan potensi sumber solar, melanjutkan skim NEM dan membenarkan perniagaan mengakses kemajuan dalam teknologi TBB, termasuk pelaburan dalam grid dan storan tenaga," katanya.
Kecekapan Tenaga dan TBB: Langkah Ke Hadapan
Di Malaysia, terdapat pelbagai cara bagi pengguna untuk mengurangkan bil elektrik mereka. Seseorang boleh menjimatkan banyak wang untuk bil utiliti mereka dengan hanya mengambil langkah menaik taraf beberapa perkara, termasuk menggunakan peralatan cekap tenaga dan memasang panel PV solar.
Ko optimis tentang masa depan TBB, dengan mengatakan penyelesaian solar pengguna mampu milik membantu untuk menggalakkan pengguna komersial dan isi rumah menggunakan penyelesaian tenaga yang lebih mesra alam.
"Negara kita menuju ke arah landasan yang betul, dan kita melihat kemajuan yang memberangsangkan, terutamanya dengan pengumuman kerajaan kita mengenai peruntukan dan pengagihan semula kuota baharu untuk TBB," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
TNB juga akan mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk menggalakkan pemasangan sistem PV solar. - Gambar fail/Bernama
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Suruhanjaya Tenaga keluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk CRESS - PETRA
PETRA berkata, mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun garis panduan CRESS melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga.
Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan elektrik dan gas - ST
Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Suruhanjaya Tenaga, SME Corp Malaysia meterai MoU untuk bangunkan PMKS
MoU bertujuan untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama terutamanya dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk PMKS.
MyPower Corp kaji pembaharuan tarif elektrik - Fadillah
MyPower Corp sedang mengkaji untuk melakukan pembaharuan struktur tarif elektrik.
Syarikat kendali EVCS terbakar di Johor beroperasi tanpa lesen - ST
Syarikat yang mengendalikan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) di Johor yang terbakar 31 Dis lepas didapati beroperasi tanpa lesen.
Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi di Sabah beroperasi semula Mac ini
SJHTP milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dijangka beroperasi semula pada Mac ini setelah turbin penjana Unit 3 yang berkapasiti 22MW dapat dipulihkan sepenuhnya.
Tarif elektrik: 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas
Sejumlah 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024.
Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas - Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sejumlah 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga ingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta utamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir.
32 kes kemalangan elektrik, termasuk 16 kematian, direkod tahun ini setakat 30 Sept - ST
Daripada 32 kes kemalangan elektrik direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun ini setakat 30 Sept lepas, 16 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa.