ISKANDAR PUTERI: Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan negeri setakat ini meskipun belum cukup 100 hari pentadbiran barisan Exco yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) Mac lepas.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau sedar dan insaf bahawa harapan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri Johor amatlah tinggi, terutamanya selepas Barisan Nasional mencapai kemenangan besar dalam PRN yang lalu.
"Atas kesedaran itu, kami telah berusaha sedaya mungkin untuk menggalas tanggungjawab ini dengan membantu dan menyelesaikan sebanyak mungkin isu rakyat yang termampu kami laksanakan," kata beliau pada Mesyuarat Kedua Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.
Menjelang tempoh genap 100 hari pertama barisan Exco pada 3 Julai ini, beliau berkata pelbagai pencapaian telah dicapai dan inisiatif dilaksanakan oleh pentadbiran itu.
"Antaranya menyelesaikan isu penurapan jalan di perkarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), memperbaiki kerosakan jalan di Kempas Lama sepanjang 200 meter, kerja-kerja menurap semula jalan, pembersihan longkang dan parit di kawasan sekitar bandaraya Johor Bahru sepanjang 2.25 kilometer," kata Onn Hafiz (BN-Machap).
Kaunter Imigresen
Selain itu, Menteri Besar berkata turut dapat diatasi ialah mengurangkan kesesakan di kaunter Imigresen di Setia Tropika dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Galleria serta pengecualian bayaran tol dan caj jalan sempena pembukaan sempadan Johor-Singapura.
"Dalam aspek ekonomi pula, kerajaan negeri telah membawa kemasukan pelaburan bernilai RM1.38 bilion GDS Holding Ltd, pelaburan bernilai RM876 juta dari Insulet Corporation dan pelaburan Paris Baguette Singapore bernilai RM130 juta," katanya.
Tambah Menteri Besar, kerajaan negeri akan terus merangka dan melaksanakan pelbagai bantuan yang lebih menyeluruh dan berkesan bagi membela nasib rakyat dan memberikan yang terbaik untuk Bangsa Johor.
Onn Hafiz berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Selamat Takim (BN-Sungai Balang) berhubung pencapaian yang diraih kerajaan negeri dalam tempoh 100 hari pentadbiran.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Selamat mengenai perancangan kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun, beliau berkata kerajaan negeri juga telah menggariskan enam teras utama dalam memacu pembangunan Johor ke arah pemodenan holistik menjelang tahun 2030.
Hala tuju pembangunan
Onn Hafiz berkata enam teras berkenaan adalah tadbir urus kerajaan; pembangunan ekonomi; jaringan keselamatan sosial; kemudahan dan keperluan asas; keselamatan dan kebersihan alam sekitar dan orang muda Johor.
"Satu mekanisme juga akan diwujudkan bagi memastikan kesemua enam teras tersebut dilaksanakan dengan sebaiknya bersesuaian dengan hala tuju pembangunan Johor yang fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keadaan semasa.
"Di bawah kepimpinan saya, ahli-ahli Exco juga sedang dan akan terus merangka polisi terbaik untuk rakyat Johor selain turut mempengerusi dan mewujudkan makmal-makmal bagi setiap perkara dengan fokus berkepentingan rakyat," tambah beliau.
Mengenai status Bantuan Kasih Bangsa Johor yang belum dilaksanakan setakat hari ini, Onn Hafiz berkata setakat hari ini, 25 inisiatif daripada 28 inisiatif telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan telah diagihkan bantuan kepada golongan yang disasarkan.
Hanya tiga inisiatif sahaja yang belum dilaksanakan untuk agihan iaitu Inisiatif Biasiswa Bangsa Johor, bantuan RM300 kepada pekerja ekonomi GIG dan bantuan raja sehari kepada orang muda Johor, kata beliau.
"Kesemua ketiga-tiga inisiatif ini sedang diberi perhatian dan kerajaan negeri akan memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang layak," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau sedar dan insaf bahawa harapan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri Johor amat tinggi. - Bernama
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Peka apabila kanak-kanak lapor diganggu secara seksual
Masyarakat disaran tidak menghakimi agar kanak-kanak berupaya melaporkan kes gangguan seksual ke atas mereka meskipun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.
Sidang Parlimen: 9 kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa
Persidangan Dewan Rakyat minggu ini menyaksikan sembilan lagi kementerian selesai membuat penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa.
Pasca PRK SG Bakap: Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Abidin Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap pada persidangan Kali kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di Georgetown, pada Jumaat.
Tempoh rehat Jumaat dua jam mulai tahun depan - MB Johor
Kerajaan Johor menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam bermula 1 Jan tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini.
Johor pertimbang sektor awam kerja empat hari setengah seminggu
Johor sedang mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada empat hari setengah seminggu.
Johor catat sejarah, rekod terimaan lebihan RM2 bilion tahun ini - Onn Hafiz
Johor mencatat sejarah apabila diunjur bakal terima hasil RM2.005 bilion tahun ini, pertama kali melebihi RM2 bilion.
Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di tiga negeri hingga 23 Nov
MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.
MAINJ mula laksana proses pemulihan akidah ahli GISB
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mula melaksanakan proses pemurnian dan pemulihan akidah bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
Ramalan awal banjir di beberapa daerah di Johor bermula esok hingga 23 November
Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan amaran banjir yang diramalkan akan berlaku di beberapa kawasan lembangan sungai di negeri Johor bermula esok sehingga 23 November ini.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
Penubuhan JTDC jadikan Johor negeri pertama tawar gaji premium sehingga RM5,000 - TMJ
Johor bakal menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS
Pelepasan air dari loji kumbahan merupakan antara punca utama yang menyebabkan 25 sungai di seluruh negara berada dalam kategori tercemar.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.