Pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berkuat kuasa serta merta diharap dapat menambah baik tadbir urus korporat syarikat konglomerat itu.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abd Samad yang menyambut baik pelantikan tersebut berkata, Sulaiman bukan pemain baharu dalam industri itu kerana pernah memegang jawatan sebagai anggota lembaga pengarah Felda selain mempunyai pengalaman dan pemahaman luas mengenai Felda.
"Pertukaran antara Sulaiman dan Tan Sri (Mohd) Isa (Abdul) Samad akan dapat memberi kesinambungan peranan Felda selain memastikan suara dan semangat Felda itu didengari," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ihya Rahmat Ramadan di Masjid Felda Tenang di sini pada Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berkuat kuasa serta-merta.
Shahrir berkata, dengan perubahan kepimpinan peringkat atasan itu, diharapkan FGV dapat membuat penambaikan kepada perkara penting kerana perubahan mesti bermula dari peringkat atasan sebelum dilaksanakan bahagian lain.
"Saya menyambut baik dan menganggap ini sebagai satu perkembangan yang positif, dan saya berharap Felda akan dapat menyertai FGV sebagai satu daripada anggota lembaga pengarah," katanya.
Beliau berkata, ini kerana Felda juga mahu melihat wakil mereka berada di kedudukan penting dalam FGV.
"Dari segi amalan terbaik tadbir urus korporat, Felda memang layak untuk meletakkan tiga orang sebagai anggota lembaga pengarah dalam FGV, tetapi keputusan tersebut kita serahkan kepada ahli lembaga.
"Pemegang Saham Khas seharusnya ada tiga wakil dalam lembaga pengarah, yang terdiri daripada pengerusi, pengarah dan ketua pegawai eksekutif.
"Pengerusi (FGV) sekarang ialah Tan Sri Dr Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif FGV pula masih dipegang Datuk Zakaria Arshad yang kini sedang menjalani siasatan, dan jawatan pengarah tidak ada perubahan," katanya.
Kemelut FGV mendapat perhatian apabila Mohd Isa dan lembaga pengarahnya mengarahkan tiga pegawai atas termasuk Zakaria, bercuti bermula 6 Jun lalu.
Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat senaraian awam itu.
Kerajaan juga seterusnya melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas bagi menangani kemelut tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2017

Dengan perubahan kepimpinan peringkat atasan itu, diharapkan FGV dapat membuat penambaikan kepada perkara penting kerana perubahan mesti bermula dari peringkat atasan. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.