KOTA TINGGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau tidak terlibat secara peribadi dalam pelantikan semula Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
Beliau berkata Peguam Negara hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri dan bukan kepadanya sebagai Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi.
"... mungkin Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada alasan tersendiri untuk menyambung lantikan Peguam Negara untuk tempoh enam bulan tetapi bagi saya, apa yang sebenarnya perlu kita lihat ialah mungkin ada kerja yang belum selesai," katanya.
Azalina berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Program Celik Kewangan Klinik Insolvensi dan Klinik Bantuan Guaman di sini hari ini ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak di media sosial yang mempersoal penglibatan beliau dalam pelantikan semula Idrus.
Beliau juga berkata selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan pelantikan semula itu selepas menerima nasihat Perdana Menteri.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan Idrus dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac ini.
Dalam perkembangan lain, Azalina berkata Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] yang akan dipinda bakal dibawa ke Parlimen awal bulan depan.
Beliau berkata terdapat enam cadangan dasar akan dibawa antaranya membuat penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan secara automatik agar bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat.
"Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan baru-baru ini ada menyebut mengenai insolvensi untuk pelepasan kebankrapan dan kita sasar pelepasan atas pindaan Akta Insolvensi ini dalam (melibatkan) 130,000 orang daripada 260,000 kes," katanya.
Azalina juga berkata Jabatan Perdana Menteri akan menambah baik dan memperluas bidang kuasa Jabatan Bantuan Guaman selain Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan melalui akta khusus dan agensi tertentu untuk memberikan perkhidmatan termasuk dalam kes jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023

Azalina berkata Peguam Negara hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri dan bukan kepadanya sebagai Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pelantikan semula Idrus: Saya tak terlibat, mungkin ada kerja belum selesai - Azalina
Azalina berkata Peguam Negara hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri dan bukan kepadanya sebagai Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi.