KUALA LUMPUR: Pelantikan pegawai perubatan secara tetap selama ini dibuat berasaskan merit dan prestasi semasa latihan siswazah, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah.
Beliau menjelaskan terdapat salah tafsiran pihak tertentu mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Rabu lepas yang memasukkan pandangan Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia.
Kedua-dua persatuan itu mencadangkan supaya kerajaan meneliti semula pengambilan lantikan baharu graduan perubatan untuk berkhidmat di KKM, bagi memastikan graduan perubatan, khususnya dalam kalangan Bumiputera, dapat berkhidmat secara tetap dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran bidang profesional di negara ini.
"Penjelasan kementerian mengenai isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua persatuan berkenaan dibuat mulai perenggan kedua dalam kenyataan media tersebut. Adalah diharapkan penjelasan ini dapat memperbetul kekeliruan dan salah tafsiran semua pihak mengenai ketelusan dan integriti KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya perenggan pertama kenyataan itu bagaimanapun bukanlah pendirian kementerian.
Beliau berkataa demikian sebagai menjawab kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) semalam bertajuk "Healthcare is colour blind" yang menolak unsur perkauman dan keagamaan dalam pemilihan dan pelantikan pegawai perubatan secara tetap.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
Pelantikan pegawai perubatan secara tetap selama ini dibuat berasaskan merit dan prestasi semasa latihan siswazah. - Gambar fail/ Astro AWANI
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
MoU itu antara lain membolehkan pertukaran amalan terbaik dan pengetahuan untuk pembangunan pasaran karbon berintegriti tinggi.
Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran
Direktorat Jeneral Imigresen membongkar beberapa cara yang sering digunakan pekerja untuk mengelak daripada mengikuti prosedur undang-undang.
Remaja menyamar pegawai perubatan pernah jalani rawatan psikiatri, tidak hadir rawatan susulan
Remaja tersebut menerima rawatan pada Mac lepas namun dia tidak meneruskan rawatan susulan yang perlu dihadirinya.
Remaja menyamar petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis
Remaja perempuan berusia 14 yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis.
Cuti bersalin 60 hari pegawai perubatan Hulu Langat dipersetujui ketua klinik - JKNS
Keputusan itu ambil kira tujuh pegawai perubatan telah cuti bersalin secara serentak di beberapa klinik kesihatan sepanjang Jun dan Julai lepas.
Tawaran pelantikan kontrak kepada pegawai perubatan berakhir 31 Julai - KKM
KKM memaklumkan baki calon yang memenuhi syarat lantikan mengikut skim perkhidmatan akan dijadikan sebagai calon simpanan.
Pegawai perubatan KKM ditawar berdasarkan gaji akhir semasa lantikan kontrak
Pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak yang dilantik secara tetap di Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditawarkan gaji berdasarkan akhir semasa lantikan kontrak.
Pindaan Akta 50 bakal selesai kemelut Parallel Pathway - Dr Dzulkefly
Pindaan terhadap Akta Perubatan 1971 (Akta 50) akan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran perubatan melalui laluan paralel (parallel pathway).
JKNT wujud klinik kesihatan lelaki di setiap daerah
JKNT mengambil inisiatif mewujudkan satu klinik di setiap daerah untuk perkhidmatan kesihatan lelaki termasuk saringan dan rawatan awal bagi masalah reproduktif seperti mati pucuk.
474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap lapor diri di Sabah
Seramai 474 pegawai perubatan kontrak yang baharu dilantik ke jawatan tetap telah melaporkan diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
KKM terima 1,843 rayuan ekoran urusan penempatan lantikan tetap
Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan telah bersidang sebanyak dua kali bagi mempertimbangkan rayuan pegawai.
Pertukaran 332 pegawai perubatan dilulus - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan rayuan permohonan penempatan 332 pegawai perubatan di seluruh negara dan perlu melapor diri pada 31 Julai ini.