Pelantikan bakat tempatan Kapten Izham Ismail untuk menerajui Malaysia Airlines Bhd (MAB) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) syarikat penerbangan negara itu perlu disambut baik oleh semua pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata pelantikan itu seharusnya menamatkan kritikan terhadap kerajaan, termasuk berhubung pelantikan dua warga asing (Christopher Mueller dan Peter Bellew) yang meletak jawatan sebelum tamat tempoh kontrak mereka sebagai GCEO syarikat penerbangan negara itu.
"Semasa Peter Bellew meletak jawatan, saya turut dikritik. Sekarang kita sudah lantik seorang rakyat Malaysia, mereka sepatutnya gembira, sejak mula lagi mereka memang mahukan seorang rakyat Malaysia.
"Masalahnya dengan mereka ini (pembangkang) ialah apa saja yang kami lakukan, mereka akan lihat daripada pandangan yang berbeza, sama ada betul atau tidak, itu tidak penting," kata Najib semasa sesi dialog mengenai TN50: Sidang Kemuncak Belia Cina 2017 di Wisma Huazong, Serdang dekat sini, yang turut dihadiri Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Izham, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan GCEO berkuat kuasa Jumaat.
Pengumuman itu dibuat susulan peletakan jawatan mengejut Bellew, yang akan kembali ke syarikat penerbangan Ireland, Ryanair, pada 1 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2017

Pelantikan Kapten Izham Ismail seharusnya menamatkan kritikan terhadap kerajaan. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Pelantikan CEO baharu MAB perlu disambut baik - PM Najib
Pelantikan itu seharusnya menamatkan kritikan terhadap kerajaan, termasuk berhubung pelantikan dua warga asing - Christopher Mueller dan Peter Bellew - yang meletak jawatan sebelum ini.