
Rangkaian perkhidmatan syarikat telekomunikasi Time dotCom Bhd (TIME) dilapor mengalami gangguan pada petang ini - Foto/Laman web TIME
KUALA LUMPUR: Rangkaian perkhidmatan syarikat telekomunikasi Time dotCom Bhd (TIME) dilapor mengalami gangguan pada petang ini.
Segelintir pengguna di Lembah Klang, yang melanggan perkhidmatan tersebut memaklumkan berdepan gangguan sejak 30 minit lalu.
Semakan Astro AWANI di laman web syarikat tersebut mendapati ia tertera makluman
"Mantainance mode: on. We'll be back up shortly."Sementara itu, aplikasi Time turut berdepan kesukaran untuk menyemak status internet para pelanggan.

Setakat ini, pihak TIME belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gangguan tersebut.

Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.