GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang memperkenalkan kelas Bahasa Inggeris dan Jepun kepada pegawai dan angotanya yang bertugas di kawasan tumpuan pelancong di negeri itu, bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang SAC Mohd Nasri Omar berkata, inisiatif memperkenalkan kelas bahasa asing itu, dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak supaya dapat memberi layanan lebih baik kepada pelancong.
"Polis Pulau Pinang telah berkolaborasi dengan Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam (CCPSS) Pulau Pinang, bagi menjalankan kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun dengan menggunakan kaedah 'Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian'.
"Sebagai seorang pegawai dan anggota polis yang merupakan barisan hadapan, perlu untuk kami menguasai kedua-dua bahasa asing itu, bagi memudahkan pelaksanaan penugasan harian mereka terutama di kawasan pelancongan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas melancarkan Program Kemahiran Komunikasi Kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun Polis Pulau Pinang, turut hadir pengerusi CCPSS Datuk Mohamad Anil Shah Abdullah.
Mohd Nasri berkata, kedua-dua kelas yang dijalankan hujung minggu selama dua jam bermula sejak 4 September lepas itu membabitkan kelas Bahasa Inggeris dilaksanakan selama lima minggu, manakala Bahasa Jepun pula selama 10 minggu.
Katanya seramai 40 anggota polis terlibat bagi kedua-dua kelas bahasa asing itu dan mereka didedahkan dengan teknik-teknik berkomunikasi secara interaktif, supaya dapat berkomunikasi dengan baik.
"Buat permulaan setiap kelas itu disertai 20 anggota polis dan ini adalah titik tolak permulaan kepada semua pegawai dan dan anggota di sini (kontijen Pulau Pinang) untuk mempelajari serta meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa asing," katanya.
Beliau berkata kelas Bahasa Inggeris pernah diadakan untuk pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang sebelum ini, manakala bagi Bahasa Jepun ini merupakan kali pertama ditawarkan kelas kerana ia merupakan bahasa yang utama digunakan secara meluas di seluruh dunia serta digunakan oleh negara-negara maju dan berteknologi tinggi.
Menurutnya kelas bahasa asing itu akan diteruskan pada masa hadapan dengan cara bersemuka, supaya lebih ramai pegawai dan anggota polis dapat menguasainya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Inisiatif memperkenalkan kelas bahasa asing itu dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak supaya dapat memberi layanan lebih baik kepada pelancong. - Gambar hiasan
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Polis tahan lelaki tular aniaya kucing
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam di Lebuhraya PLUS
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut di Subang Jaya
Seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 November manakala dua lagi direman sehari.
Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.