PUTRAJAYA: Pelancongan domestik di Malaysia mengalami lonjakan 20 peratus pada suku kedua 2023 dengan merekodkan 54.5 juta pelawat domestik berbanding tempoh sama pada tahun lepas, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Survei Pelancongan Domestik Malaysia (DTS) 2023 Mengikut Negeri hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata pelawat domestik meningkat 12.2 peratus berbanding suku pertama 2023.
Beliau berkata perbelanjaan pelancongan domestik bagi suku kedua 2023 merekodkan RM21.9 bilion, meningkat 23.9 peratus tahun ke tahun dan perbandingan suku tahun meningkat 13.9 peratus.
Bagi 2022, jumlah perbelanjaan pelancongan merekodkan RM64.1 bilion.
"Secara keseluruhannya, prestasi pelancongan domestik Malaysia pada 2022 mencatatkan pertumbuhan positif. Ketibaan pelawat domestik merekodkan 171.6 juta pelawat berbanding 66.0 juta pada tahun sebelumnya, meningkat 160.1 peratus," katanya.
Mohd Uzir berkata terimaan pelancongan domestik pada 2022 meningkat 248.1 peratus merekodkan RM64.1 bilion berbanding RM18.4 bilion pada 2021, pertumbuhan positif selepas penularan pandemik COVID-19.
Dari segi volum dan jumlah terimaan pada 2022, beliau berkata Selangor merekodkan terimaan pelancong domestik tertinggi dengan RM8.73 bilion, diikuti Kuala Lumpur dan Sarawak yang masing-masing menerima RM7.73 bilion dan RM5.43 bilion.
"Melawat saudara dan rakan-rakan adalah tujuan utama perjalanan bermalam domestik untuk semua negeri kecuali Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Pelawat domestik meningkat 12.2 peratus berbanding suku pertama 2023.- Gambar fail/Bernama
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Dalam tempoh hanya seminggu, serangan udara dan darat Israel di Lubnan memaksa lebih 200,000 orang melarikan diri merentasi sempadan ke Syria, yang sudah bertahun-tahun berdepan masalah perang saudara dan ancaman kebuluran.
Pelancongan domestik meningkat 20 peratus suku kedua 2023, rekod 54.5 juta pelawat
Pelancongan domestik di Malaysia mengalami lonjakan 20 peratus pada suku kedua 2023 dengan merekodkan 54.5 juta pelawat domestik.