Pelancong mewah dilihat tidak lagi menghabiskan percutian mereka di Pantai Chenang, salah satu destinasi pelancongan popular di Langkawi.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) Zainudin Kadir berkata keadaan itu berdasarkan penurunan mendadak kepada 40 peratus kadar penghunian di hotel empat dan lima bintang berhampiran pantai berkenaan.
"Pengusaha hotel mewah mengeluh kepada saya mengenai penurunan yang dialami mereka sejak Ogos lepas, dan jelas sekali, ini semua disebabkan keadaan yang berlaku di Pantai Chenang sekarang," katanya pada Selasa.
Beliau berkata antara punca penurunan itu ialah pelancong mewah berkenaan kecewa dengan kehadiran kenderaan tidak terkawal yang keluar masuk dari kawasan pantai itu, yang dikatakan menjejaskan keselamatan mereka.
"Sepanjang tahun lepas LTA menerima sejumlah 683 aduan daripada pelancong, dan (dari Januari tahun ini) sehingga Oktober, terdapat 776 aduan...peningkatan kira-kira 30 peratus dan kesemuanya berkaitan kenderaan yang keluar masuk dari kawasan pantai itu," katanya.
Zainudin berkata situasi dan kesesakan trafik yang teruk disebabkan kenderaan diletakkan secara sembarangan di kedua-dua belah jalan juga menjadi punca menyebabkan kebanyakan pelancong itu kecewa dengan keadaan tersebut.
Beliau berkata berdasarkan maklum balas diterima, segelintir pemandu meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di tepi jalan kerana tiada pilihan berikutan tiada ruang meletak kenderaan yang mencukupi berhampiran Pantai Chenang.
"Terdapat kawasan meletak kenderaan yang boleh menampung sebanyak 400 kenderaan pada satu masa sedang dibina berhampiran Chenang sejak tahun lepas, namun projek berkenaan belum siap sehingga kini," katanya.
Persatuan itu akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mengatasi masalah tersebut, dan menurutnya perkara itu sudah sampai kepada pengetahuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melawat kawasan berkenaan beberapa bulan lepas.
"Kita memerlukan komitmen kukuh daripada pihak berkuasa berkaitan bagi membantu pemain industri pelancongan di Chenang untuk terus menerima pelancong mewah. Jika tidak, masa depan mereka akan suram," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2017

Sepanjang tahun lepas Persatuan Pelancongan Langkawi menerima 683 aduan daripada pelancong, dan sehingga Oktober, terdapat 776 aduan, semua berkaitan kenderaan yang keluar masuk dari kawasan Pantai Chenang. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan
Pengusaha hotel kini diwajibkan mengesahkan identiti kanak-kanak, mendapatkan maklumat penjaga.

Wanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita terbabit dimaklumkan oleh pihak hotel berkenaan.

Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel
Tidak mempunyai rumah, kata Will.i.am lagi, adalah pilihan yang dibuat kerana berasa dirinya belum belum benar-benar sukses atau berjaya.

Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah
Shaharuddin berkata ini juga berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran.

Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.

Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.

Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam
Pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.

Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.

Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.

TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.