Orang ramai dan pelancong di Melaka disaran untuk tidak memasuki kawasan tumpuan pada waktu puncak bagi mengelakkan masalah tersangkut dalam kesesakan jalan raya, kata Ketua Polis Negeri Datuk Chuah Ghee Lye.
Katanya zon warisan di Bandar Hilir, Melaka Raya dan kawasan lain di Bandaraya Melaka adalah kawasan tumpuan utama pelancong dan mereka yang mahu masuk ke kawasan ini disaran menggunakan pengangkutan awam atau datang pada waktu bukan puncak.
Beliau berkata kesesakan jalan raya tidak dapat dielakkan di negeri ini terutama tiba musim perayaan, cuti sekolah atau hujung minggu, justeru orang ramai dan pelancong perlu merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.
Bercakap kepada pemberita selepas melepaskan kira-kira 300 peserta program Melaka Car Free Zone di Menara Tamingsari, Bandar Hilir di sini hari ini, beliau berkata polis sentiasa memantau keadaan aliran trafik di seluruh negeri bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang berusaha menaik taraf sistem pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta memberi keselesaan kepada orang awam.
"Apabila siap nanti saya harap lebih orang ramai dan pelancong boleh menggunakan pengangkutan awam yang disediakan seterusnya boleh mengurangkan kesesakan jalan raya yang dihadapi kini," katanya.
Bernama
Sun Dec 27 2015
![Pelancong disaran elak masuk ke kawasan tumpuan Melaka pada waktu puncak Pelancong disaran elak masuk ke kawasan tumpuan Melaka pada waktu puncak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436971344_PELANCONGANMELAKA.jpg)
Tarikan luar biasa di bandar raya Melaka menimbulkan masalah baharu iaitu kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pelancong disaran elak masuk ke kawasan tumpuan Melaka pada waktu puncak Pelancong disaran elak masuk ke kawasan tumpuan Melaka pada waktu puncak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436971344_PELANCONGANMELAKA.jpg)
Pelancong disaran elak masuk ke kawasan tumpuan Melaka pada waktu puncak
Bagi menghindari kesesakan lalu lintas, orang ramai disaran menggunakan pengangkutan awam atau datang pada waktu bukan puncak.