SEMPORNA: Seorang pelancong maut selepas bas persiaran membawa 15 pelancong warga China terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau dekat sini pada pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan pelancong lelaki berumur 56 tahun maut, manakala pelancong lain yang terdiri daripada sembilan lelaki serta lima wanita berumur 30 hingga 60 tahun selamat.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas lori dari arah Tawau yang menuju ke Semporna itu memasuki lorong bertentangan, lalu berlanggar dengan bas persiaran yang dari arah Semporna menuju ke Lapangan Terbang Tawau.
"Akibat pelanggaran, bas itu terbabas lalu terbalik ke sebelah kiri jalan. Pemandu lori berkenaan pula mengalami kecederaan patah kaki sebelah kanan dan dirujuk ke Hospital Tawau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Hemkkumar Ayathuray dengan menelefon 012-3650021 atau 089-782020 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan dengan sebuah bas persiaran membawa pelancong China pada pukul 12.01 tengah hari tadi.
"Tujuh pegawai serta anggota bersama sebuah jentera serta sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi berhampiran Bulatan Lepa di sini selepas menerima panggilan kecemasan," katanya menambah antara lain pemandu bas pelancong mengalami trauma dan dihantar ke hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Seorang pelancong maut selepas bas persiaran membawa 15 pelancong warga China terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau pagi tadi. - Foto Sinar Harian
Keluarga yakin nelayan hilang masih hidup, akan pulang
Nalurinya kuat berkata mereka masih hidup kerana anaknya telah lama menjadi nelayan dan tahu selok belok laut.
RUU wajibkan pendidikan sekolah menengah dibentang di Parlimen Feb ini
KPM akan angkat dasar mewajibkan pendidikan sekolah menengah dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari ini sebagai inisiatif pastikan calon hadir SPM, tangani isu keciciran selain meningkatkan kualiti pendidikan negara, kata Menterinya, Fadhlina Sidek.
#AWANInews
#AWANInews
WEF sahkan Anwar Ibrahim sertai Davos 2025
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. WEF mengesahkan kehadiran Anwar menerusi hantaran di platform media sosial forum tersebut.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Stastistik Tenaga Buruh November 2024
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus, menurut Stastistik Tenaga Buruh November 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Angka tersebut menunjukkan penurunan 0.9 peratus berbanding 551,400 orang pada Oktober 2024.
Johor alu-alukan pelabur bina fasiliti kesihatan, perubatan di JS-SEZ
Setakat ini terdapat beberapa pihak menunjukkan minat dalam pembinaan fasiliti kesihatan termasuk hospital dan farmasi.
Ringgit dijangka pada RM4.50 minggu ini
Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu ini. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, mengulas mengenai tumpuan kepada kadar inflasi Amerika dan impaknya terhadap prestasi ringgit.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lepas.
Ekonomi Malaysia 2025: Asas Kukuh, Pasaran Saham Tidak Menentu
Menjelang tahun 2025, ekonomi Malaysia menunjukkan asas yang kukuh dengan peningkatan dalam pengeluaran industri dan pengukuhan pasaran buruh. Namun, pasaran saham mencatatkan penurunan yang ketara. Mengapa jurang ini wujud dan apakah prospek pasaran Malaysia untuk jangka panjang? Ketahui lebih lanjut dalam video ini bersama Mohd Sedek Jantan dari UOB Kay Hian Wealth Advisors.
Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar
Anwar menambah, kerajaan juga tidak mengambil kira dari mana pelancong asing itu datang dalam melakukan pemeriksaan ketika memasuki negara.
Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Kabinet Sabah akan menetapkan polisi baharu sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China.
Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC
Mangsa cedera di kepala dan muka selepas diragut di hadapan KLCC, Jalan Ampang, Jumaat lalu.
40 pelancong China nyaris rentung di Sabah
Semua mangsa berjaya menyelamatkan diri termasuk pemandu bas dan dua pemandu pelancong sebaik menyedari berlaku kebakaran.
Kementerian beri MITA lesen sementara bertutur bahasa Mandarin
Presiden MITA Uzaidi Udanis berkata oleh kerana China adalah pasaran pelancongan penting bagi Malaysia, beliau berharap langkah itu akan membantu meningkatkan kedatangan pelancong China.