Mendepani cabaran ekonomi semasa dalam membantu siswazah dari golongan miskin B40 melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM).
Itu antara matlamat utama pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund (UMEF) yang merupakan inisiatif Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Persatuan Alumni Universiti Malaya.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim, menerusi tabung itu pihaknya mensasarkan dana endowmen sebanyak RM200 juta.
“Idea penubuhan UMEF ini bertitik tolak daripada keperluan UM untuk menjana sumber alternatif yang berdaya mahu susulan pengurangan peruntukan kerajaan.
“Sesungguhnya sumbangan tersebut amat bermakna kepada kami dan memberi inspirasi untuk terus berusaha mencapai sasaran dana endowmen sebanyak RM200,” katanya.
Jelasnya, kira-kira 60 peratus mahasiswa ijazah pertama universiti itu adalah dari kumpulan B40.
Sehingga kini Universiti Malaya mempunyai 200,000 alumni seluruh negara.
Sementara itu,Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Profesor Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin yang mewakili Menteri Pendidikan berkata usaha itu amat membantu melestarikan kewangan pendidikan di peringkat universiti di samping bantuan dari kerajaan.
Jelasnya, ia menyemarakkan budaya filantropik atau memberi derma dalam kalangan alumni dan warga Malaysia seperti yang dijalankan oleh universiti tersohor dunia seperti Havard, Cambridge dan Oxford.
“Saya yakin dengan alumni UM yang kini mencecah lebih daripada 190,000 sekiranya setiap alumni memberi derma RM10 sebulan, dana yang dapat dikumpul boleh mencecah RM19 juta sebulan dan RM228 juta dalam tempoh setahun,” katanya ketika membacakan teks ucapan Menteri Pendidikan.
Sebagai rekod, Harvad University mempunyai endwomen sebanyak AS$32 bilion (RM132.3 bilion) yang disumbangkan sebahagian besar oleh alumninya.
Di Malaysia pula, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperoleh penjanaan endowmen berjumlah RM87 juta selepas diwujudkan sejak tahun 2009.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan UMEF di Universiti Malaya pada Sabtu.
Turut hadir menyaksikan pelancaran Penaung Persatuan Alumni Universiti Malaya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Fareez Azman
Sat Jul 06 2019
![Pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund sasar dana RM200 juta Pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund sasar dana RM200 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562422758_UniversitiMalaya.jpg)
Universiti Malaya Endowment Fund (UMEF) merupakan inisiatif Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Persatuan Alumni Universiti Malaya. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
![Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721251255_MIDA.jpg)
Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu
Abang Johari berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
![Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714212749_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB
AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.
![Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
![ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649228054_TBADBBOX.jpg)
ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
![Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721222006_SaraswathyKandasami.jpg)
Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
![Pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund sasar dana RM200 juta Pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund sasar dana RM200 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562422758_UniversitiMalaya.jpg)
Pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund sasar dana RM200 juta
Mendepani cabaran ekonomi semasa dalam membantu siswazah dari golongan miskin B40 melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM).