KOTA KINABALU: Pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia akan diadakan serentak di pusat membeli belah 1Borneo Hypermall di sini; Mydin Petra Jaya di Kuching, Sarawak; dan Tasik Simponi, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, pelancaran itu dijadual berlangsung pada pukul 11 pagi dan pelancaran serentak itu merupakan satu kelainan untuk program berkenaan pada tahun ini.
"Orang ramai yang berada di sekitar Kota Kinabalu dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis pelancaran itu nanti, " katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu segmen Kami Bah InI (KBI) di RTM Sabah, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital di sini pada Isnin.
Beliau berkata majlis pelancaran di Sabah akan disempurkan Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, dan disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), laman sosial rasmi Facebook Jabatan Penerangan, dan Facebook Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
Jainisah berkata, pelancaran bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu diadakan awal bagi membolehkan semua jabatan, agensi, badan bukan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan merancang dan melaksanakan program-program berkaitan sambutan kedua-dua acara itu.
Katanya, pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan sehingga Hari Malaysia pada 16 Sept seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini antaranya Kembara Merdeka dan pertandingan pidato. - BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
Pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan sehingga Hari Malaysia pada 16 Sept seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini. - Gambar fail/Bernama
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).
AWANI Pagi: Kenali Melayu Cocos
Sebut sahaja Melayu Cocos mungkin ramai yang membayangkan Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos (Keeling), Australia, lokasi di mana sebahagian besar komuniti ini berada.
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Angka korban Taufan Helene melebihi 200 di Amerika Syarikat
Sekurang-kurangnya 204 orang disahkan maut di enam negeri akibat Taufan Helene sejak ia melanda Florida seminggu lalu.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario
Pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Arahan NADMA No.1 jadi panduan utama pengurusan bencana - Ahmad Zahid
Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 akan menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana bagi mengurangkan risiko dan impak bencana di negara ini.
Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila kerugian RM688,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.
PRK Mahkota: Formula terbaik kerjasama BN-PH menang PRU16
Keputusan yang diperolehi semalam menjadi petanda baik kepada parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan untuk memupuk kerjasama yang lebih erat.
Belanjawan 2025 lebih gah, saksama - PM Anwar
Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan pada 18 Oktober ini disifatkan sebagai lebih gah dan saksama.
GISB: 34 individu selesai reman akan ditangkap semula mengikut SOSMA - KPN
Seramai 34 individu yang dikaitkan dengan GISB dan telah tamat menjalani tempoh reman akan ditangkap semula di bawah Akta SOSMA.
Pesara rugi RM1.24 juta terperdaya pelaburan saham pra-IPO
Seorang pesara kerajaan kerugian RM1.24 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham pratawaran awam permulaan (IPO), pada awal Jun lepas.
Polis buru anggota sindiket menyamar guna nama syarikat pelaburan terkemuka
Polis mengesan tujuh lagi individu anggota sindiket penipuan pelaburan yang menyamar untuk memperdaya mangsa, mengakibatkan kerugian hampir RM33 juta.
Jawatankuasa Muzakarah MKI bincang isu doktrin fahaman GISB Selasa ini - Mohd Na'im
Doktrin fahaman GISB akan dibincang oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang dari Selasa hingga Khamis ini.
JIM akan laksana enam reformasi proses kerja, penyampaian perkhidmatan
Pusingan kerja untuk ketua, penyelia dan pegawai imigresen akan dilaksanakan segera untuk pegawai yang telah berkhidmat lebih daripada tiga tahun.