Pelancaran Konvoi Bersih 5 di Lumut, Perak bertukar kecoh apabila penyokong Bersih mendakwa diganggu oleh penyokong Baju Merah.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Jay Jay Denis memberitahu Astro AWANI bahawa kejadian berlaku selepas pelancaran konvoi itu kira-kira jam 9.30 pagi di Marina Wings Waterfront.
Menurutnya, kira-kira 50 penyokong Baju Merah berarak ke lokasi berkenaan sambil melaungkan "Mati Bersih, Hidup Merah."
"Polis menasihati saya agar kami meninggalkan tempat itu supaya tidak memburukkan keadaan. Jadi kami pun bersurai.
"Namun, penyokong Baju Merah bertindak mengepung kereta saya dan menghalang kami daripada meninggalkan tempat. Polis kemudian membantu kami meninggalkan kawasan," katanya kepada Astro AWANI.
Konvoi Bersih 5 kemudian diteruskan menghala ke arah Sitiawan dan Ayer Tawar, namun Jay Jay mendakwa mereka terus diganggu penyokong Baju Merah.
"Selepas 10 minit, konvoi kami tiba di stesen Petronas di Sri Manjung, kira-kira 50 penyokong Baju Merah yang menunggang motosikal dan menghampiri kenderaan dalam barisan konvoi, sambil menjerit-jerit ke arah kami serta menarik bendera yang ada pada kenderaan konvoi."
"Ada juga mereka yang menendang kereta kami dan menumbuk cermin hadapan kenderaan," katanya.
Peneraju gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos juga didakwa kelihatan bersama penyokong Baju Merah di Lumut.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah turut mengecam tindakan penyokong Baju Merah yang disifatkan sebagai tindakan berbentuk gangsterisme.
"Perbuatan ini tidak boleh diterima. UMNO perlu menjawab mengapa mereka mempunyai gangster di dalam parti mereka dan mengapa mereka membenarkan budaya samseng seperti ini berlaku."
"Malah, saya berpendapat kerajaan juga perlu mengecam tindakan sedemikian kerana Malaysia bukan negara samseng," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain itu, Maria turut memaklumkan bahawa seorang penyokong Bersih juga dibaling batu oleh penyokong Baju Merah di Arau, Perlis.
Ujarnya, pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang atas mereka yang bertanggungjawab.
"Polis tidak perlu menunggu Bersih membuat laporan polis. Mereka sebenarnya sudah boleh menahan mereka yang memulakan kekecohan seperti ini," katanya.
Konvoi Bersih 5 dijalankan secara serentak di seluruh negara bermula hari ini.
Tan Su Lin
Sat Oct 01 2016
Kumpulan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia (baju merah) membakar bendera selepas berjaya menghalang kumpulan konvoi Bersih 5 daripada berkumpul di kawasan Manjung dan Sitiawan hari ini. -Bernama
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Pelancaran Konvoi Bersih 5 di Lumut bertukar kecoh
Menurutnya, kira-kira 50 penyokong Baju Merah berarak ke lokasi berkenaan sambil melaungkan "Mati Bersih, Hidup Merah."