KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan KL20, yang dilancarkan pada Isnin disasar menjana tambahan RM400 bilion dalam penilaian pemula niaga menjelang 2030.
Menurut dokumen pelan tindakan itu yang didapatkan di laman sesawang rasmi Sidang Kemuncak KL20 2024, pemula niaga Malaysia juga disasar mencapai tambahan RM750 juta dalam pelaburan modal teroka tahunan menjelang 2030.
Selain itu, Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan tambahan 3,000 pemula niaga aktif yang menyediakan lebih 100,000 pekerjaan berkemahuran tinggi.
Terdahulu pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Pelan Tindakan KL20 bersempena dengan penganjuran sulung Sidang Kemuncak KL20 2024.
Pelan tindakan itu ialah pelan hala tuju komprehensif yang menggariskan pembaharuan penting untuk mencapai penyatuan dalam kalangan pemegang kepentingan utama -- pengasas, pemodal teroka, tenaga kerja, inkubator dan pemecut - untuk melonjakkan sektor teknologi permulaan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Di bawah pelan tindakan itu, Malaysia menyasar menawarkan kepada komuniti pemula niaga pasaran meluas yang boleh dijangkaui, pembiayaan di semua peringkat, akses kepada tenaga kerja semua peringkat dan persekitaran perniagaan yang lancar.
Sementara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli semasa ucapannya pada sidang kemuncak itu, berkata Pelan Tindakan KL20 menggariskan inisiatif baharu untuk mempercepat bidang kritikal ekosistem pemula niaga: modal, tenaga kerja dan kualiti pemula niaga.
Tujuannya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi modal peringkat awal dan pertumbuhan, hab untuk usahawan bertaraf dunia dan tenaga kerja mahir, dan menjadi medan tumpuan bagi syarikat pemula niaga utama dunia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Menurutnya, antara inisiatif lain pelan itu termasuk VC Golden Pass, Innovation Pass, Unicorn Golden Pass, Graphics Processing Unit (GPU) Scheme, Innovation Belt dan Single Window.
Sidang kemuncak dua hari itu yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur diterajui oleh Kementerian Ekonomi dan dihadiri lebih 3,000 peserta, termasuk pelabur antarabangsa dan syarikat pemula niaga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024

Pelan Tindakan KL20, yang dilancarkan pada Isnin disasar menjana tambahan RM400 bilion dalam penilaian pemula niaga menjelang 2030. - Foto kl20.gov.my
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Pelan Tindakan KL20 sasar capai penilaian pemula niaga RM400 bilion menjelang 2030
Pelan Tindakan KL20, yang dilancarkan pada Isnin disasar menjana tambahan RM400 bilion dalam penilaian pemula niaga menjelang 2030.