PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak di Malaysia dalam mesyuarat pertamanya hari ini meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030.
Jawatankuasa khas itu dianggotai Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengkaji penyebab peningkatan kadar bantut yang tinggi melibatkan faktor pemakanan, persekitaran dan kemudahan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelan strategik kebangsaan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan Kementerian Kewangan supaya agenda memerangi masalah malpemakanan dalam kanak-kanak diberi tumpuan serta diangkat sebagai agenda nasional bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia pada Belanjawan 2023.
"Sasaran kita adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya masalah bantut dalam kalangan anak-anak di Malaysia dapat dikurangkan kepada lapan peratus menjelang 2030," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Media #AnakMalaysiaSihat di sini hari ini.
Menurut Khairy, jawatankuasa khas itu juga memberi fokus meneliti masalah bantut dari aspek ekonomi dan sosial termasuk akses kepada makanan mencukupi, harga susu dan sumber protein lain yang dilihat membebankan ibu bapa.
"Minta ibu bapa beli susu dan makanan sihat tetapi pokok pangkal adalah harga tidak menentu. Jadi jawatankuasa ini mesti memberi tumpuan kepada penentu-penentu sosial ekonomi juga," katanya.
Menurut Khairy, masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak mencatatkan peningkatan dari 17 peratus pada 2015 kepada 21.8 peratus pada 2019.
Beliau berkata situasi wabak COVID-19 yang berlarutan dan kesan ekonomi kepada rakyat dijangka meningkatkan trend masalah pemakanan dalam kalangan kanak-kanak terutama mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.
Menurutnya, masalah bantut adalah kerana kekurangan zat makanan kronik iaitu kanak-kanak tidak mendapat makanan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti dalam suatu tempoh masa lama sehingga menyebabkan mereka tidak membesar dengan sempurna dan mencapai ketinggian ideal.
Memetik kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pula, hampir separuh daripada jumlah kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di seluruh dunia adalah berkait dengan isu kekurangan nutrisi makanan, dan masalah atau keadaan bantut pula menyumbang kepada kematian sejuta kanak-kanak setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022
![Pelan strategik perangi masalah bantut dilulus - Khairy Pelan strategik perangi masalah bantut dilulus - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656326089_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy pada sidang media selepas merasmikan Program Media #AnakMalaysiaSihat di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715312372_BNM.jpg)
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
![[KOLUMNIS] Transformasi Biru langkah memperkasa kecukupan makanan negara [KOLUMNIS] Transformasi Biru langkah memperkasa kecukupan makanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711031537_ketamperikanan.jpg)
[KOLUMNIS] Transformasi Biru langkah memperkasa kecukupan makanan negara
DI TENGAH-TENGAH cabaran global yang kian meningkat, isu kecukupan makanan menjadi keutamaan bagi setiap negara, termasuk Malaysia.
![Pelan strategik perangi masalah malpemakanan kanak-kanak fokus lima teras - Ahmad Zahid Pelan strategik perangi masalah malpemakanan kanak-kanak fokus lima teras - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680602629_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Pelan strategik perangi masalah malpemakanan kanak-kanak fokus lima teras - Ahmad Zahid
Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia akan memberi fokus kepada antaranya mengukuhkan tadbir urus kesejahteraan pemakanan.
![Perlu tambahan 4,000 perjawatan dalam Pelan Strategik Maritim Malaysia 2040 Perlu tambahan 4,000 perjawatan dalam Pelan Strategik Maritim Malaysia 2040](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663402874_SaifulLizanIbrahim.jpg)
Perlu tambahan 4,000 perjawatan dalam Pelan Strategik Maritim Malaysia 2040
Selain faktor keluasan perairan dan pencerobohan nelayan asing, penambahan perjawatan diperlukan supaya seiring dengan pertambahan aset agensi.
![Pelan strategik perangi masalah bantut dilulus - Khairy Pelan strategik perangi masalah bantut dilulus - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656326089_KhairyJamaluddin.jpg)
Pelan strategik perangi masalah bantut dilulus - Khairy
Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030 dilulus.
![Malaysia selaras Pelan Strategik untuk NCD dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO Malaysia selaras Pelan Strategik untuk NCD dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643299190_KhairyJamaluddin.jpg)
Malaysia selaras Pelan Strategik untuk NCD dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO
Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO.
![PTPTN ubah imej dengan Pelan Strategik 2021-2025 PTPTN ubah imej dengan Pelan Strategik 2021-2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627540573_PTPTN.jpg)
PTPTN ubah imej dengan Pelan Strategik 2021-2025
Setelah 24 tahun kewujudan, masyarakat perlu menyedari fungsi dan sumbangan utama PTPTN kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan negara.
![MAHB kemuka pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang kepada kerajaan MAHB kemuka pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang kepada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-08/41471352711_SubangAirport.jpg)
MAHB kemuka pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang kepada kerajaan
Pelan pembangunan semula itu telah disahkan menerusi penanda aras yang luas dan penglibatan pihak berkepentingan.
![Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61575090466_TBSultanNazrinShah.jpg)
Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin
Baginda bertitah kejayaan juga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai polemik perebutan kuasa sehingga mengheret kepada berlakunya krisis kepimpinan.
!['Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah 'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41443026348_ANIFAHAMAN.jpg)
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.