Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperuntukkan RM452.8 juta bagi membantu usahawan terjejas melalui pelan pemulihan operasi perniagaan bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawanan.
Ia dijangka bakal memberi manfaat kepada lebih 21,847 penerima merangkumi usahawan mikro, perusahaan kecil dan sederhana, usahawan sosial, pemula niaga dan koperasi.
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan berkata MEDAC telah membentangkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Mei lepas.
“Pelan Pemulihan itu menggariskan enam strategi utama bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawanan, memulihkan operasi perniagaan usahawan dalam tempoh segera dan memastikan usahawan kekal berdaya saing dan mampan.
“Ia mengandungi 30 program yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu jangka masa pendek bermula Mei hingga Disember 2020 dan jangka masa sederhana bermula Januari 2021 hingga Mei 2021,” jelas beliau.
Menerusi fasa pertama, sejumlah RM230.1 juta peruntukan diperlukan di mana RM175.79 juta adalah bagi melaksanakan enam program baharu dan 10 program sedia ada yang akan menggunakan peruntukan sedia ada MEDAC dan agensi-agensinya.
Selain itu, sejumlah RM54.31 juta peruntukan tambahan diperlukan bagi melaksanakan 14 program baharu.
Menerusi fasa kedua pula, sejumlah RM222.69 juta peruntukan diperlukan merangkumi 19 program baharu dan 11 program sedia ada,kata beliau.
Menurut Wan Junaidi, permohonan peruntukan itu telah dikemukakan MEDAC dan agensi-agensi di bawahnya kepada Unit Perancang Ekonomi melalui permohonan peruntukan di bawah tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
MEDAC pada masa sama juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dalam pembangunan Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19.
“MEDAC merupakan ahli dalam Kumpulan Kerja ‘SME Recovery Support’ dengan tumpuan kepada strategi dan inisiatif jangka pendek dan sederhana bagi memulihkan usahawan yang terjejas dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Selain itu, beliau berkata pada 8 Mei 2020 MEDAC juga telah mengemukakan cadangan program keusahawanan 'Pelan Restart' dengan jumlah peruntukan sebanyak RM261.21 juta.
“Inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan bagi memastikan rakyat khususnya golongan usahawan sentiasa mendapat sokongan daripada MEDAC supaya urusan perniagaan mereka dapat beroperasi seperti biasa ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di seluruh negara,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed May 27 2020
Ia mengandungi 30 program yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu jangka masa pendek bermula Mei hingga Disember 2020 dan jangka masa sederhana bermula Januari 2021 hingga Mei 2021. - Foto BERNAMA
PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Tol percuma di Lebuhraya WCE Seksyen 1 sempena Hari Kebangsaan
Nanta berkata pengecualian bayaran tol itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.
Rundingan gencatan senjata di Gaza tidak boleh terus ditangguh - Duta China
Menurut Geng, konflik yang berlarutan selama lebih 10 bulan di Gaza telah mengakibatkan lebih 40,000 penduduk terkorban serta malapetaka kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kakak Sudirman, ibu Atai meninggal dunia
Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Razman Azrai Zainudin atau mesra dengan panggilan Atai.
Tanah jerlus: SAR secara penyelaman terlalu berisiko - Bomba
Nor Hisham berkata perkara itu dirumuskan selepas selaman oleh dua penyelam skuba 4 pagi tadi tidak berhasil setelah hampir setengah jam.
Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin
Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta projek Jana Wibawa.
ASNB umum agihan pendapatan 4.75 sen seunit bagi ASM 2 Wawasan
Ia berkata pengagihan itu melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.13 bilion, memanfaatkan 939,200 pemegang unit.
Boikot: 'Kami akan tetap tampil aksi terbaik' - Vicente
Jurulatih dari Sepanyol itu berharap kesemua mereka dapat bersatu dan menyokong skuad itu pada kejohanan penting tersebut.
Bekas eksekutif kanan MARA didakwa terima rasuah RM45,000
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Kampung Baru antara 11 Sept 2015 dan 15 Feb 2016.
Paip pembentungan awam bukan punca tanah jerlus di Kampung Kerinchi - IWK
IWK menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Isnin lepas bukan berpunca daripada paip pembentungan.
Pelan pemulihan: MEDAC peruntuk RM452.8 juta bantu usahawan - Wan Junaidi
Ia mengandungi 30 program yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu jangka masa pendek bermula Mei hingga Disember 2020 dan jangka masa sederhana bermula Januari 2021 hingga Mei 2021.