TAIPING: Kementerian Pengangkutan telah membuka Pemintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi meneruskan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide) berasaskan konsep pembangunan berasaskan transit (TOD).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata RFP tersebut, hanya akan dibuka kepada penyertaan awam dalam jangka masa dua hingga tiga bulan sahaja, sebelum dinilai selepas ia tertangguh sebelum ini.
Beliau berkata kerajaan memberi perhatian kepada projek iRide terbabit berikutan projek berkenaan dijangka menjana kesan pengganda positif terhadap ekonomi negeri Perak.
"Status terkini, MOT telah meletakkan keutamaan kepada projek ini dan sedang menunggu RFP sahaja, kerana ia telah tertangguh sejak dilancarkan pada Oktober 2019, kemudian berlaku peralihan tampuk pemerintahan negara selain pandemik COVID-19.
"Walaupun berlaku kelewatan, namun kerajaan secara dasarnya berhasrat untuk teruskan projek ini pada kadar segera dan perkembangan projek turut telah dimaklumkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, ketika saya mengadap baginda baru-baru ini, baginda sangat prihatin agar projek ini dapat diteruskan," katanya kepada media di sini hari ini.
Terdahulu Loke merasmikan Pusat Komuniti Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taiping, yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak, serta Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh merangkap Ahli Parlimen Taiping.
Terdahulu pelan pembangunan iRide meliputi kawasan seluas 78 hektar di sekitar stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Ipoh, dilancarkan pada 10 Okt 2019.
Projek kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) itu, dijangka membangunkan kawasan seluas 27 hektar secara bersepadu dan diintegrasi dengan hab pengangkutan.
Pembangunan di kawasan itu dipecahkan mengikut segmen tertentu, merangkumi perumahan termasuk mampu milik, hotel, institusi pendidikan, komersial, kawasan hijau dan bercampur bagi memastikan pembangunan ini seimbang dan komprehensif.
Sementera itu, Loke berkata MOT bersama KTMB akan melancarkan semula operasi perkhidmatan khas tren ETS Ekspress KL-Ipoh di luar musim perayaan, dalam masa terdekat.
"Tren ekspres tersebut akan beroperasi di luar musim perayaan iaitu pada hari biasa setiap hari, dengan kekerapan perjalanan sekurang-kurangnya satu atau dua tren sehari.
"Pewujudan semula perkhidmatan ekspres itu akan membantu mereka yang sering berulang-alik dalam sehari antara dua bandar berkenaan, khususnya untuk memendekkan tempoh perjalanan daripada dua jam 40 minit kepada dua jam sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (dua, kiri) pada Majlis Perasmian Pusat Komuniti Ahli Parlimen Taiping hari ini. - Foto Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).

Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh diteruskan - Loke
Kementerian Pengangkutan telah membuka Pemintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi meneruskan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).