Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. (KPC) kini menyediakan satu pelan khas bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di sini akibat aktiviti melombong bauksit.
Menyatakan demikian pada Ahad, Ketua Pegawai Operasi KPC, Datuk Khasbullah A. Kadir berkata memandangkan saiz projek yang besar, usaha itu akan memakan masa.
Dengan terlaksananya pelan itu, kata beliau, pihaknya yakin proses pengendalian pengeksportan bauksit di kawasan pelabuhan akan lebih bersih antara 60 hingga 80 peratus berbanding sekarang.
"Ini semua dijangka dapat direalisasikan menjelang pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita di sini.
"Di samping itu, katanya, KPC membelanjakan RM1 juta sebulan bagi membersihkan sisa bauksit di kawasan pelabuhan.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini berhubung kawasan penyimpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan tidak diuruskan dengan baik menyebabkan air Sungai Balok dan Pantai Batu Hitam tercemar dan menjadi merah minggu lepas.
Keadaan itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat dan mengancam mata pencarian nelayan.
Persatuan pencinta alam sekitar meminta kerajaan menghentikan kegiatan perlombongan tersebut.
Mengulas mengenai pencemaran luas baru-baru ini, Datuk Khasbullah berkata apabila hujan lebat, kegiatan pembersihan menggunakan mesin khas tidak dapat dilakukan.
Pekerja pembersihan pelabuhan, hanya dapat menyodok bahan tersebut di atas jalan raya untuk tidak mencemar alam sekitar.
"Ketika hujan lebat baru-baru ini, kami tidak mampu halang bahan ini daripada mengalir keluar.
"Tambahan pula jumlah bauksit yang perlu kami kendalikan adalah sangat banyak manakala timbunan bauksit tidak diletakkan setempat," katanya.
Kawasan simpanan
Prosedur pada masa ini, katanya, menyukarkan pihak pelabuhan mengawal kejadian pencemaran.
Beliau meminta kerajaan negeri menyediakan satu kawasan khas untuk penyimpanan timbunan bauksit bagi memudahkan pihak pelabuhan mengendalikannya dengan lebih baik dan sistematik.
Kawasan itu difahamkan telahpun dikenal pasti dan hanya menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Abd Razak sebelum ini menyatakan pihak pelabuhan telah mengambil empat langkah bagi mengatasi masalah pencemaran.
Antara langkah ialah membina struktur penghalang aliran keluar air dari kawasan penyimpanan stok bauksit.
Sistem cucian bersepadu juga dijalankan untuk membersihkan jalan raya daripada debu bauksit.
Membina laluan sehala untuk lori bauksit yang memasuki kawasan pelabuhan bagi memastikan kotoran pada tayar kenderaan itu dibersihkan sebelum keluar.
Pihak pelabuhan juga dikatakan akan turut membina struktur 'windbreakers' setinggi sembilan meter untuk menghalang debu-debu dari kawasan penyimpanan stok terbang ke premis sekitar pelabuhan.
Tinjauan Bernama di sekitar Pelabuhan Kuantan hari ini mendapati hanya lori satu tan yang dimuatkan dengan tangki air digunakan untuk kerja pembersihan.
Pekerja melakukan kerja itu tidak ubah seperti melepaskan 'batok di tangga' apabila menyiram jalan yang tercemar dengan air bertekanan rendah.
Ini tidak mampu membersihkan kotoran merah yang tebal di atas jalan raya.
Manakala kerja-kerja pemasangan 'windbreakers' pula kelihatan baru bermula di salah satu kawasan penyimpanan bauksit di pelabuhan itu.
Sistem laluan sehala telah mula dilaksanakan.
Sementara itu, Pertubuhan Perlindungan Alam Semulajadi Malaysia (PEKA) Pahang meminta kerajaan negeri menghentikan terus kegiatan perlombongan itu.
Bernama
Mon Jan 04 2016
Pelan khas atasi pencemaran aktiviti melombong bauksit - Gambar Fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.
Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.
Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.
Johor pertahan beri air percuma kepada golongan berpendapatan rendah
Beliau menegaskan usaha itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri serta ingin memenuhi manifesto Pakatan Harapan dan membantu rakyat berpendapatan rendah.