Institut Integriti Malaysia (Integriti) sedang menyemak semula Pelan Integriti Nasional (PIN), yang dilancarkan pada tahun 2004, seiring dengan cabaran dan keperluan semasa.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, Integriti kini dalam proses menghalusi syor dan pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak bagi melakukan penambahbaikan ke atas aspek yang berkaitan dengan pelan tindakan PIN dan akan dilancarkan dalam waktu terdekat.
“Institut Integriti Malaysia sedang melakukan semakan semula pelan tindakan Pelan Integriti Nasional. Ia kini di peringkat akhir dan akan dilancarkan dalam waktu terdekat.
“Semakan ini mengambil kira perkembangan dan cabaran-cabaran semasa, serta kemungkinan keperluan akan datang,” kata beliau ketika berucap pada Forum Eksekutif dan Kempen Pelancaran Do It Right – Integriti Di Hati, di Dewan Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini malam tadi.
Kedua-dua program itu merupakan sebahagian daripada acara sambutan Fiesta Integriti yang diadakan semalam sempena ulang tahun ke-14 penubuhannya dan pelancaran PIN. Turut diadakan pameran integriti dan Putra Integrity Walk.
Kata beliau, dasar dan isu-isu baharu serta perkembangan semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan telah dijadikan elemen penting untuk diselarikan dalam proses menambah baik pelan tindakan PIN.
Segala input, idea dan cadangan yang diperoleh daripada peserta program dan aktiviti anjuran Integriti khususya Dialog TN50 dan Roadshow Integriti dipertimbangkan dalam proses penambahbaikan yang sedang dilakukan.
PIN yang dilancarkan pasa 23 April 2004 serentak dengan penubuhan Integriti, menyasarkan lapan institusi dengan 22 objektif dan 32 strategi.
Mengulas lanjut mengenai program Fiesta Integriti, Dr Ahmad Fadzli berkata, ini kali pertama sambutan ulang tahun penubuhan Integriti diadakan di kampus universiti, dan ia antara lain bertujuan mendekati golongan belia dalam usaha pemupukan dan penghayatan budaya berintegriti tinggi.
“Ini selari dengan seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri program Diskusi Intelektual pada 16 Januari yang lalu, di mana beliau antara lain berkata semua pihak perlu bersatu tenaga bagi menjadikan agenda pembudayaan dan penghayatan integriti sebagai satu gerakan massa atau mass integrity movement,” katanya.
Astro Awani
Fri Apr 20 2018
Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris merasmikan Kempen Do It Right - Integriti Di Hati dengan disaksikan Ahli Lembaga Pengarah Integriti, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Ahmad (tengah) dan Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin-Astro AWANI
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.