MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka melanjutkan tempoh penutupan jalan bersempena dengan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir, kepada tiga hari bermula hari ini, berbanding setiap Sabtu sebelum ini.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata jalan yang terlibat akan ditutup selama 54 jam bermula 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad.
"Ini ialah proses yang sama seperti tempoh percubaan yang kita lakukan sebelum ini untuk melihat respons daripada semua pihak termasuk peniaga dan pengunjung bagi tujuan penambahbaikan dan ia masih dalam kajian.
"Insya-Allah semua maklum balas, bantahan atau keluh-kesah daripada peniaga khususnya akan kita lihat dan ambil perhatian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Sempena Sambutan Hari MPHTJ Ke-14 di sini hari ini.
Hadir sama Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron serta 40 agensi, syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk media yang diraikan.
Rais berkata beliau yakin semua pihak termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan sedaya upaya memastikan lanjutan penutupan jalan ini memberi manfaat kepada rakyat.
"Saya tekankan sekali lagi bahawa usaha ini bukan untuk menzalimi mana-mana pihak, tetapi ia hanya untuk manfaat masyarakat bagi jangka masa panjang.
"Langkah ini juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan bandar Melaka sebagai bandar rendah karbon," katanya.
Terdahulu, MBMB memaklumkan pelaksanaan pelanjutan masa tempoh percubaan di Zon Bebas Kenderaan melalui laman Facebook rasminya.
Pelaksanaan penutupan dan perubahan jalan itu bermula dari Persimpangan Jalan Laksamana dengan Jalan Banda Kaba (di antara Bangunan Public Bank Banda Hilir dengan Bangunan Madonna) melalui Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng sehingga Hotel Equatorial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023

Kerajaan Negeri Melaka melanjutkan tempoh penutupan jalan bersempena dengan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir, kepada tiga hari bermula hari ini, berbanding setiap Sabtu sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Zon Bebas Kenderaan alternatif, bebaskan bandar daripada kenderaan bermotor
Ia bukan sahaja sebagai kaedah mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian dan kesejahteraan rakyat.

Zon Bebas Kenderaan: MBMB tambah baik pengeluaran notis perubahan laluan
MBMB akan menambah baik aspek pengeluaran notis pemakluman perubahan laluan atau lencongan jalan di sekitar Banda Hilir, sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan,

Penambahbaikan sentiasa dilakukan di Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir - Exco
Setakat ini pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan menunjukkan kesan positif khususnya peniaga di kawasan sekitar sejak inisiatif berkenaan dilakukan pada 19 Ogos tahun lepas.

Zon Bebas Kenderaan kini 21 jam hingga Februari
Pelaksanaan itu bagaimanapun masih dilakukan selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 6 petang hingga 1 pagi.

Melaka tambah baik kemudahan, fasiliti pastikan zon bebas kenderaan berjalan lancar
Kerjasama dengan pihak polis turut dipertingkatkan bagi membantu mengatasi dengan segera masalah kesesakan lalu lintas.

Zon Bebas Kenderaan: Sebahagian jalan di Banda Hilir akan ditutup setiap Sabtu
Sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir akan ditutup selama enam jam setiap Sabtu bermula minggu ini sebagai langkah percubaan pelaksanaan "Zon Bebas Kenderaan".