Pelaksanaan Sistem Mata Demerit yang berkuat kuasa hari ini, diharap akan dapat mendidik masyarakat mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob berkata pelaksanaannya melibatkan dua kesalahan utama iaitu perlanggaran lampu merah dan memandu melebihi had laju.
"Tempoh dua minggu untuk percubaan telah tamat semalam, dan hari ini Sistem Mata Demerit akan mula dikuatkuasakan, melibatkan dua kesalahan utama iaitu melanggar lampu merah dan memandu melebihi had laju.
"Menerusi reaksi yang diterima di laman sosial dan portal JPJ, ramai yang menyokong usaha ini dan ia dilihat merupakan langkah yang baik dalam mendidik masyarakat mematuhi undang-undang di jalan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Jerai di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dekat sini, hari ini.
Beliau berkata pelanggaran lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju merupakan faktor penyumbang kepada berlakunya kemalangan.
"Dua kesalahan ini merupakan kesalahan yang paling banyak menyumbang kepada berlakunya kemalangan, bagaimanapun terdapat lebih 20 kesalahan lain yang akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
"Saya juga berharap agar orang ramai menyambut baik usaha ini dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini," kata Yusof.
Terdahulu, seramai 500 peserta SKSJ Jerai menerima lesen memandu kelas B2 motosikal masing-masing.
Sejak diperkenalkan pada 2009, SKSJ telah memberi manfaat kepada 118,540 warga emas dan masyarakat Orang Asli menerusi 269 siri program yang dilaksanakan di seluruh negara.
Hadir sama pada program itu, Pengarah JPJ Kedah, Isma Suhaimi Sharif.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2017
![Pelaksanaan sistem mata demerit bermula hari ini - JPJ Pelaksanaan sistem mata demerit bermula hari ini - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468132782_Trafik.jpg)
Tempoh dua minggu untuk percubaan telah tamat semalam, dan hari ini Sistem Mata Demerit akan mula dikuatkuasakan. - Gambar fail
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Tiada diskaun dan pengecualian saman AWAS - Anthony Loke Tiada diskaun dan pengecualian saman AWAS - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51535955512_TBANTHONYx.jpg)
Tiada diskaun dan pengecualian saman AWAS - Anthony Loke
Tiada pengecualian atau pengurangan bayaran kompaun akan diberikan untuk semua saman-saman yang dikeluarkan bagi kesalahan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) mulai 1 September 2018.
![Anjung Malaysia tarikan terkini KLIA Anjung Malaysia tarikan terkini KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41511320136_LiowTiongLai.jpg)
Anjung Malaysia tarikan terkini KLIA
Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi melukis batik di samping mengimbas kembali sejarah negara menerusi paparan gambar-gambar Malaysia di era 50-an dan 60-an.
![Pelaksanaan sistem mata demerit bermula hari ini - JPJ Pelaksanaan sistem mata demerit bermula hari ini - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468132782_Trafik.jpg)
Pelaksanaan sistem mata demerit bermula hari ini - JPJ
Pelaksanaan Sistem Mata Demerit yang berkuat kuasa hari ini, diharap akan dapat mendidik masyarakat mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya.
![Tidak patuh lampu isyarat antara kesalahan dikenakan AWAS dan KEJARA Tidak patuh lampu isyarat antara kesalahan dikenakan AWAS dan KEJARA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442323894_TrafficLight.jpg)
Tidak patuh lampu isyarat antara kesalahan dikenakan AWAS dan KEJARA
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata dua kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.
![AWAS, KEJARA bakal dilaksanakan di seluruh negara pada 1 April AWAS, KEJARA bakal dilaksanakan di seluruh negara pada 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61473334201_Trafik.jpg)
AWAS, KEJARA bakal dilaksanakan di seluruh negara pada 1 April
Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 1 April ini.