LABUAN:Petugas-petugas kesihatan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas saringan dan pengesanan kontak rapat COVID-19 di dua penempatan Pelarian yang diiktiraf Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR) di Labuan, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
Beliau berkata, penduduk di kawasan yang padat di Kampung Muslim dan perkampungan air Kiamsam, yang didiami pelarian daripada Filipina dan pendatang asing lain, menguncikan diri di dalam rumah ataupun melarikan diri apabila melihat kakitangan kesihatan.
"Kehadiran kami tidak dimahukan. Penduduk di sana mengelak dan larikan diri, ada yang lari gunakan bot, ada yang sembunyi di bawah rumah, ada yang lari ke dalam hutan.
"Situasi ini membantutkan usaha kami mengesan kes yang belum direkodkan," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Bagaimanapun, walaupun tanpa kerjasama daripada penduduk, beberapa kakitangan kesihatan diketuai Ismuni meneruskan pengesan kes aktif dua minggu lepas, hanya untuk melihat timbulnya beberapa kes positif di penempatan itu tidak lama kemudian.
Dr Ismini bercakap mengenai kemungkinan untuk mendapatkan bantuan polis mengiringi kakitangan kesihatan, untuk sampai kepada penduduk di sana.
Labuan menyaksikan penurunan jumlah kes beberapa hari lepas, dengan kluster seperti Sky Coklat, Saguking, Titian dan Tenaga, menunjukkan penurunan besar dalam kes baru. Hari ini pulau itu merekodkan lima kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 1,404.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020
Sebahagian penduduk menguncikan diri di dalam rumah ataupun melarikan diri apabila melihat kakitangan kesihatan. - Bernama
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
KPDN mempelawa pasar raya besar seperti Lotus's untuk membuka cawangan mereka di Sabah dan Labuan.
Labuan tumpuan penyelam kaya biodiversiti marin, tapak bangkai kapal
Labuan melakar nama sebagai destinasi utama pelancongan dengan keindahan alam semula jadi marin yang memukau.
Strategi '5S' tawar pengalaman menarik kepada pelancong
5S menumpukan kepada lima elemen utama iaitu Matahari, Pasir, Makanan Laut, Pelancongan Sukan, Membeli-belah dan Perkhidmatan.
Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im
Sejumlah RM500 juta telah disalurkan kepada sekitar 27,000 golongan asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan
Gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Kabel bawah tanah rosak punca Labuan bergelap 20 jam
Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) punca sebahagian Pulau Labuan bergelap selama 20 jam kelmarin.