Pelakon Zahida Rafik akan berhadapan dengan saman malu dari bekas pemandu peribadinya yang didakwa difitnah oleh pelakon itu sebagai seorang pencuri.
Portal berita, The Star Online melaporkan Mahkamah Tinggi pada hari ini menolak permohonan Zahida, 39 untuk membatalkan saman malu yang difailkan oleh bekas pemandu peribadinya itu, Noor Azman Azemi.
Hakim Hue Siew Kheng memerintahkan bahawa kes tersebut tidak sewenang-wenangnya dibatalkan dan menetapkan dua hari bermula 20 Oktober sebagai tarikh perbicaraan.
Mahkamah juga menolak permohonan Zahida untuk kekal dengan keputusan mahkamah dan memerintahkan beliau membayar RM3,500 sebagai kos selepas bertemu kedua-dua pihak di mahkamah semalam.
Peguam kepada Noor Azman, Latheefa Koya memberitahu pemberita bahawa kes tersebut bukanlah sesuatu yang “biasa” untuk sewenang-wenangnya dibatalkan.
Peguam Jeffrey John bertindak sebagai peguam kepada pelakon tersebut.
Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 Nov tahun lalu, lelaki tersebut mendakwa Zahida telah menuduhnya melarikan wang yang telah diarahkan oleh pelakon itu untuk didepositkan ke akaun pelakon tersebut.
Dia mendakwa bahawa Zahida telah menfitnahnya dalam sebuah tabloid berbahasa Melayu berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, Zahida dikatakan dengan niat buruk telah menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.
Zahida yang dikenali menerusi filem Anak Mami dan pelbagai filem telah dengan salah memberi kenyataan berbaur fitnah dalam artikel yang disiarkan oleh sebuah tabloid pada 3 Mac lalu.
Noor Azman mendakwa bahawa kenyataan itu sedikit sebanyak telah menyebabkan masyarakat memandang serong terhadapnya.
Malah dia juga dilabel sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, pencuri dan penjenayah dan menyebabkannya sukar untuk mendapatkan prospek pekerjaan .
Noor Azman kemudian telah direman polis selama empat hari selepas Zahida membuat laporan terhadap kehilangan wang tersebut.
Selain itu juga, dia turut memohon mahkamah supaya satu perintah injuksi dikenakan kepada Zahida dan agennya dari membuat sebarang kenyataan berbaur fitnah.
Astro Awani
Thu Apr 17 2014
Zahida Rafik - Foto Twitter
Tarif global pentadbiran Trump capai kemuncak menjelang penghujung 2025
Tarif global yang dikenakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung 2025, menurut ramalan firma Moody's Analytics.
Petronas antara 500 jenama paling berharga dunia
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus menunjukkan daya tahan dengan memperoleh tempat 160 daripada 500 jenama paling berharga dunia, kata firma penilaian jenama global, Brand Finance.
Firma tersebut melaporkan, nilai jenama minyak dan gas Malaysia dalam ranking global bagaimanapun menurun 1 peratus kepada 14.4 bilion dolar amerika
Firma tersebut melaporkan, nilai jenama minyak dan gas Malaysia dalam ranking global bagaimanapun menurun 1 peratus kepada 14.4 bilion dolar amerika
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.
BNM menjelaskan ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh.
BNM menjelaskan ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh.
Pelajar Orang Asli ke Busan kongsi kemahiran robotik
Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Gua Musang mencipta sejarah apabila tiga pelajarnya mewakili Malaysia untuk bertanding di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan.
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Lebih ramai rakyat Palestin ingin pulang susulan gencatan senjata Ahad lepas - Duta Palestin
Sebelum gencatan senjata itu, kira-kira 50 rakyat Palestin daripada keseluruhan 128 orang telah memohon untuk dihantar pulang.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Lelaki ditahan rosakkan kereta mewah bekas majikan
Motif perbuatan khianat ini adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana telah dipecat daripada pekerjaannya oleh pengadu.
Pelakon Zahida Rafik gagal ketepi saman malu bekas pemandu peribadi
Pelakon Zahida Rafik akan berhadapan dengan saman malu dari bekas pemandu peribadinya.