Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an, Datuk Abdullah Sani Ahmad, atau dikenali Sony Abdullah, meninggal dunia petang ini di kediamannya di Selayang kerana sakit tua.
Beliau yang berusia 74 tahun menghembus nafas terakhir pada pukul 4.15 petang tadi.
Anaknya, Fathorossoim Al-Sani Abdullah Sani berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Melati Selayang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves di sini selepas solat Isyak malam ini.
"Pada 7 Oktober lepas, kami baru meraikan hari lahirnya yang ke 74 dan arwah masih sihat dan gembira ketika itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Allahyarham meninggalkan lima anak.
Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham pernah mencipta fenomena menerusi filem Permintaan Terakhir pada tahun 1975, Menanti Hari Esok (1977), dan Gadis Langkawi (1966).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2017
Sony Abdullah, meninggal dunia petang ini di kediamannya di Selayang kerana sakit tua.
Santuni MADANI: Kampung Pertanian dipilih kampung angkat Dr Zaliha
Dr Zaliha pernah membuka klinik di kawasan Bandar Putra Kulai dengan kebanyakan pesakit adalah penduduk dari Kampung Pertanian.
Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 2,000 delegasi, media antarabangsa siap sedia untuk perbincangan penting di Laos
Persiapan sedang giat dilakukan ketika pihak berkuasa dari pelbagai sektor berusaha memastikan sambutan lancar bagi pemimpin dan delegasi dari 10 negara anggota ASEAN.
Ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk, perlu peruntukan besar untuk diperbaiki
Baik pulih ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk memerlukan kos yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 10 juta bagi setiap ban, kata Ahmad Zahid.
Uji kaji vaksin Marburg dimulakan di Rwanda
Rwanda melancarkan uji kaji vaksin terhadap virus Marburg susulan wabak yang melanda negara itu baru-baru ini, umum pihak berkuasa kesihatan.
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
Pesara guru maut ditikam anak lelaki
Seorang pesara guru maut akibat ditikam anak lelakinya di rumahnya di Kampung Senaling, Kuala Pilah di sini, petang tadi.
Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.
'Isteri ku yang tercinta...' - Ikang Fawzi reda pemergian pelakon Marissa Haque
Ikang yang juga pelakon berusia 64 tahun masih diselubungi kesedihan selepas kematian mengejut isterinya, Marissa Haque pada Rabu.
Aktres senior Indonesia, Marissa Haque, meninggal dunia
Marissa menghembuskan nafas terakhir di bilik tidur kediamannya, dan ditemui oleh suaminya, aktor Ikang Fawzi.
Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 September 2024.
Bekas pensyarah USM Prof Dr Ahmad Atory meninggal dunia
Penganalisis politik Ahmad Atory telah berkhidmat di USM sebagai pensyarah selama tujuh tahun, iaitu dari 2008 hingga 2015.
Ketua Penyelidik My #QuranTime meninggal dunia
Menurut isterinya, Rusamiah Ismail, Allahyarham Safri dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit gigi yang teruk dan pitam.
Bekas Presiden MTBC P S Nathan meninggal dunia
Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.