KUALA KANGSAR: Seorang pelakon, pengarah dan penolong pengarah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa atas tuduhan memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2 di sini, pada Ahad.
Tertuduh, pelakon Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 29, pengarah Mohd Latif Zami, 49 dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Shazmeer Zamhari.
Mengikut kertas pertuduhan Muhamad Niezam didakwa memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis manakala Mohd Latif dituduh memiliki 0.30 gram dadah jenis yang sama.
Saiful Zaidrin pula dituduh memiliki 0.38 gram dadah berbahaya jenis Methamphetamine.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Persiaran Jati, Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, pada 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.
BACA: Pelakon, pengarah positif dadah direman dua hari
BACA: Pelakon, pengarah antara tiga ditahan positif dadah
Muhamad Niezam dan Mohd Latif didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksima RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Saiful Zaidrin pula dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksima RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Muhamad Niezam dijamin RM3,000, Mohd Latif RM2,600 dan
Saiful Zaidrin RM3,200, masing-masing dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan kimia.
Kesemua mereka membayar wang jaminan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi manakala kesemua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Shafini Mior Shahrin.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 12 2021
![Pelakon, pengarah mengaku salah miliki dadah Pelakon, pengarah mengaku salah miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634025933_Pelakon.jpg)
Muhamad Niezam Mohd Zaidi, Mohd Latif Zami dan Saiful Zaidrin Ismail didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Ilmu pertanian itu penting - Rosyam Nor Ilmu pertanian itu penting - Rosyam Nor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732433650_RosyamNorFirdaus.jpg)
Ilmu pertanian itu penting - Rosyam Nor
Akibat kekurangan ilmu, pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor pernah dua kali mengalami kegagalan ketika pembabitan awalnya dalam sektor pertanian.
![Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes dadah pelakon, pengarah Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes dadah pelakon, pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638330685_Mahkamahtetapkanta.jpg)
Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes dadah pelakon, pengarah
Mahkamah menetapkan 10 Januari 2022 sebagai sebutan semula selepas pihak pendakwaan memohon satu tarikh baharu bagi serahan laporan kimia.
![Pelakon, pengarah mengaku salah miliki dadah Pelakon, pengarah mengaku salah miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634025933_Pelakon.jpg)
Pelakon, pengarah mengaku salah miliki dadah
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Persiaran Jati, Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar pada 10 Oktober lalu.
![Walau dipenjara 9 bulan, Diana Danielle tetap sayangkan Farid Kamil Walau dipenjara 9 bulan, Diana Danielle tetap sayangkan Farid Kamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557993644_faridkamilpenjara.jpg)
Walau dipenjara 9 bulan, Diana Danielle tetap sayangkan Farid Kamil
Posting berkenaan merupakan respon pertama Diana di akaun Instagram miliknya selepas keluar berita suaminya dipenjara.
![Farid Kamil didakwa guna dadah jenis THC Farid Kamil didakwa guna dadah jenis THC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51516865755_FaridKamil.jpg)
Farid Kamil didakwa guna dadah jenis THC
Datuk Farid Kamil Zahari sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC.