Tindakan artis bergelar Datuk yang ’mengamuk’ di Balai Polis Kota Damansara pada Khamis dikatakan tiada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Seniman berhubung Ah Long baru-baru ini.
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, tindakan agresif dilakukan pelakon dan pengarah yang bergelar Datuk itu perlu dilihat dari aspek kesihatannya juga.
BACA: Diburu Ah Long, 300 penggiat seni tempatan minta bantuan - Presiden Seniman
“Bagi saya perkara itu tiada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Seniman sebaliknya ia berkemungkinan dari kondisi kesihatan pelakon itu sendiri.
“Bagaimanapun, pihak kami (Seniman) prihatin dengan kejadian yang terjadi dan sedia membantu dia sama ada dari segi teknikal atau sokongan moral,” katanya selepas dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, Zed mengeluarkan kenyataan bahawa lebih kurang 300 penggiat seni di negara ini sedang dikejar Ah Long.
Ketika ditanya apakah punca yang menyebabkan perkara ini terjadi, Zed berkata punca pencarian sumber rezeki mereka terjejas dek kerana limpahan penggiat seni di negara ini.
Pada Khamis, pelakon itu ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara.
BACA: Pelakon bergelar Datuk tampar polis, tendang orang awam di Kota Damansara ditahan
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pelakon itu didapati positif dadah jenis ganja dan pengesahan itu dibuat selepas saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suami kepada pelakon wanita terkenal berusia 36 tahun itu.
BACA: Pelakon bergelar Datuk 'mengamuk' di balai polis positif ganja - Polis
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Jan 12 2018

Pada Khamis, pelakon itu ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara. Foto: Astro AWANI
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.

Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.