KEPALA BATAS: Seorang pelajar sekolah menengah maut, manakala, rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Jalan Lebuh Bertam Perdana, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke kedai runcit di kawasan itu sebelum terlibat dalam kemalangan.
Mangsa yang berusia 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala sementara pembonceng berusia 13 tahun cedera ringan dan dirawat di Hospital Kepala Batas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, siasatan mendapati mangsa bersama rakannya menunggang motosikal dari arah Bertam Pinggiran menghala ke Bertam Perdana.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar pembahagi jalan.
"Penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu itu cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng hanya mengalami kecederaan ringan" katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut Mohd Radzi, kedua-dua mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Indah.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam pada itu, Mohd Radzi menasihatkan semua pemandu dan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Aug 22 2022
Seorang pelajar sekolah menengah maut, manakala, rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Jalan Lebuh Bertam Perdana, Kepala Batas, hari ini. - Gambar ihsan pembaca
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar Tingkatan Tiga maut di sekolah negatif COVID-19 - Menteri Kesihatan
Pada Rabu lepas, pelajar lelaki berusia 15 tahun itu yang memulakan hari pertama sesi persekolahan dilapor pengsan sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas dibawa ke hospital.
Kes pukul pelajar: 12 remaja dibebas dengan ikat jamin
Sekumpulan 12 pelajar yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes memukul seorang pelajar tingkatan tiga di Pasir Mas, Ahad lalu, telah dibebaskan dengan ikat jamin.
Sekolah gempar pelajar tingkatan tiga bersalin di surau
Pelajar tersebut temui terbaring dekat surau sekolah dan terdapat seorang bayi perempuan di dadanya.